Wahai jiwaku yang melihat dunia ini manis dan lazat lalu menuntutnya dan melupakan akhirat.. Adakah engkau tahu, engkau menyerupai apa? Sesungguhnya engkau menyerupai burung unta.. Burung unta yang ternampak pemburu. Oleh kerana ia tidak dapat melarikan diri daripada pemburu itu, lalu ia membenamkan kepalanya ke dalam pasir dengan membiarkan badannya yang besar itu di luar kerana ia menyangka bahawa si pemburu itu tidak nampak, walhal si pemburu tetap dapat melihatnya. Tetapi ia sahaja yang tidak dapat melihat kerana telah menutup kelopak matanya di dalam pasir tersebut yang menyebabkan ia tidak lagi dapat melihat!
Wahai jiwaku!
Perhati dan renungkanlah perumpaan ini. Bagaimana pembatasan keseluruhan penglihatan hanya kepada dunia akan menukarkan kelazatan yang manis kepada kesakitan yang pahit!
Bayangkanlah bahawa terdapat di perkampungan ini (Parla) dua orang lelaki. Sembilan puluh sembilan peratus rakan dan teman salah seorang daripada keduanya telah pergi ke