Wahai jiwaku!
Sama sekali janganlah engkau berkata bahawa zaman telah bertukar, manusia sudah tenggelam di dalam dunia, terfitnah dengan kehidupannya dan mabuk dengan permasalahan kehidupan sahaja.. Kerana kematian tetap tidak berubah, perpisahan juga tidak akan berkekalan maka ia juga tidak berubah. Kelemahan dan keberhajatan manusia juga tidak berubah bahkan makin bertambah. Perjalanan hidup manusia juga tidak akan terputus, bahkan tetap meneruskan perjalanannya. Demikian juga engkau tidak boleh berkata: "Aku sama seperti manusia yang lain." Ini adalah kerana sesiapa sahaja yang menemani engkau sudah pasti akhirnya ia juga akan pergi ke perkuburan juga.. tidak ke tempat lain.
Jika engkau pergi mencari hiburan sebagaimana dikatakan orang agar orang lain menyertai engkau supaya turut sama menerima musibah, maka ini juga adalah sesuatu yang tidak mempunyai hakikat kebenaran pada alam kubur di sebelah
Janganlah engkau menyangka bahawa jiwa engkau terlepas bebas daripada sebarang ikatan, kerana jika engkau melihat kepada dunia sementara ini dengan pandangan yang penuh bijaksana dan pemerhatian, maka engkau akan dapati bahawa tiada suatu benda pun di dalamnya yang tidak mempunyai peraturan atau matlamat. Maka bagaimanakah mungkin jika engkau tinggal sendirian tanpa peraturan dan matlamat? Hinggakan segala kejadian bencana alam seperti gempa bumi bukanlah permainan yang berada di tangan 'kebetulan'.