Manakala lelaki yang seorang lagi, maka sembilan puluh sembilan peratus rakan dan temannya juga telah pergi. Dia menyangka sebahagian daripada rakan dan temannya telah meninggal dunia.
Wahai jiwaku!
Sesungguhnya semua orang yang engkau kasihi, termasuklah Nabi Muhammad s.a.w., mereka sekarang sedang berada di hujung
Janganlah engkau memalingkan muka engkau kerana mahu melarikan diri daripada kematian dan kerana takutkan kematian. Tetapi hendaklah engkau merenung ke dalam kubur dan lihatlah kepada liangnya dengan penuh kemuliaan dan dengarkanlah apa yang dimintanya. Tersenyumlah kepada wajah kematian dengan penuh kelakian dan pandanglah kepada apa yang dikehendakinya. Awaslah engkau daripada kelalaian lalu engkau menjadi seperti lelaki yang kedua dalam perumpamaan di atas.