Kalimah Kedua Puluh Satu | Kalimah Kedua Puluh Satu | 25
(1-25)

Jika anda berkata: “Apakah hikmat di sebalik ujian dan cubaan terhadap orang-orang beriman dengan was-was yang mengganggu jiwa dan menyakitkan hati ini?”

 

Jawapan: Jika kita berjaya mengenepikan sikap melampau dan menguasai yang ada pada was-was, maka was-was pada ketika itu akan menjadi pendorong kepada berhati-hati, menyelidiki, bersungguh-sungguh dan serius, dan dalam masa yang sama ia juga akan membuang sifat tidak mengambil perhatian dan terlalu bermudah-mudah.. Kerana semua sebab inilah, Allah SWT yang maha mengetahui lagi maha bijaksana menjadikan was-was sebagai seutas cemeti yang menggalakkan, yang diberikan kepada tangan syaitan agar menggesa manusia memperoleh hikmat tersebut semasa berada di dalam dunia ujian dan cubaan serta ketika berada di medan perlumbaan. Tetapi apabila syaitan menggunakannya sehingga terlampau memberikan kesakitan kepada kita, maka kita melarikan diri kepada Allah Tuhan yang maha mengetahui lagi maha bijaksana lagi maha esa, sambil berteriak: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”

No Voice