Kalimah Kedua Puluh Satu | Kalimah Kedua Puluh Satu | 22
(1-25)

Dengan yang demikian, anda hendaklah membuang segala perasaan was-was dan menjeritlah kepada syaitan dengan berkata: “Sesungguhnya keadaan ini (was-was) adalah satu kesempitan. Sedangkan untuk mengetahui keadaan sebenar adalah satu perkara yang amat sukar, bahkan bercanggah dengan kemudahan yang menjadi ciri khusus agama Islam dan bertentangan dengan kaedah tiada kesempitan dalam agama dan kaedah agama itu mudah. Sudah pasti amalan saya ini bertepatan dengan salah satu daripada mazhab Islam yang benar. Ini sudah mencukupi buatku untuk menjadi jalan buatku mencampakkan diriku di hadapan Tuhan yang menciptakanku dalam keadaan sujud dan bertadharru’ memohon keampunanNya, serta mengakui kecuaianku dalam melakukan amalan. Dia adalah Tuhan yang maha mendengar lagi maha menyahut permintaan.

 

Keadaan Kelima:

 

Iaitu was-was yang menyerupai pelbagai bentuk kekeliruan dalam isu-isu keimanan:

 

Ramai orang terkeliru sehingga menganggap kebingungan khayalan sebagai hasil daripada pemikiran akalnya sendiri. Iaitu dia menyangka kekeliruan yang menyelubungi khayalannya seolah-olah sesuatu yang diterima oleh akalnya, atau daripada kekeliruan akalnya sendiri. Lalu dia menyangka bahawa pegangan dan iktikadnya sudah rosak.. Kadang-kadang dia menyangka bahawa khayalan yang digambarkan oleh kekeliruannya itu diterima dan dibenarkan oleh akalnya.. Mungkin dia menyangka bahawa segala pemikiran dalam isu kekufuran adalah kufur, iaitu dia menyangka bahawa semua bentuk pencarian, pemeriksaan, pengkajian, pemantauan dan keputusan yang diputuskan oleh akal yang bebas bagi mengetahui sebab-sebab kesesatan adalah bercanggah dengan iman. Lalu dia menggeletar dan menggigil berhadapan dengan segala ajaran dan hasutan syaitan itu sambil berkata: “Alangkah celakanya aku! Hatiku telah sesat dan iktikadku telah rosak dan cedera.” Bahkan mungkin dia tidak mampu memperbaiki keadaan tersebut dengan kehendaknya sendiri kerana tidak mempunyai kehendak yang mutlak, maka dia akan terjerumus ke lembah kekecewaan yang membunuh.

No Voice