Kalimah Kedua Puluh Satu | Kalimah Kedua Puluh Satu | 21
(1-25)

Jika anda berwudhuk dan bersembahyang, yang pada ketika itu terdapat sesuatu tersembunyi yang membatalkan sembahyang atau wudhuk anda, sedang anda tidak mengetahuinya, maka dalam keadaan ini, sembahyang dan wudhuk anda adalah sah dan baik dalam waktu yang sama. Tetapi di sisi Muktazilah, kedua-duanya adalah rosak dan batal dari sudut hakikat sebenarnya, tetapi kedua-duanya adalah diterima kerana kejahilan anda tentangnya, kerana kejahilan adalah satu keuzuran.

 

Demikianlah wahai saudaraku yang dicuba! Dengan mengambil mazhab ahlus sunnah wal jama’ah amalan anda akan menjadi sah tiada cacat cela padanya kerana ia selaras dengan zahir syarak. Awaslah anda daripada berwas-was tentang kesasihan amalan anda, tetapi dalam masa yang sama juga janganlah anda tertipu dengan amalan tersebut, kerana anda tidak tahu secara yakin adakah ia diterima di sisi Allah atau tidak!

 

Penawar kedua: Ketahuilah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar. Agama yang mudah, tiada sebarang kesempitan padanya. Kesemua keempat-empat mazhab berada di atas kebenaran. Jika seseorang mendapati dirinya telah melakukan kecuaian, maka dia hendaklah mengelakkan dirinya dengan melakukan istighfar yang lebih berat timbangannya daripada perasaan tertipu dan terpedaya yang lahir akibat perasaan kagumnya terhadap amalan salih yang dilakukannya. Oleh itu, jika seseorang yang merasa was-was melihat dirinya telah berlaku cuai dalam amalannya, lalu dia beristighfar kepada tuhannya, maka tindakannya itu seribu kali lebih baik daripada dia terus tertipu dan terpedaya dengan amalannya.
No Voice