Kerana setiap kali anda memperlihatkan dukacita dan kesedihan, serta melebihkan tumpuan kepadanya, maka lintasan itu akan bertukar kepada adat kebiasaan yang amat tertanam kukuh secara berperingkat-peringkat sehingga ia akhirnya bertukar menjadi penyakit khayalan. Tetapi janganlah anda bimbang sama sekali! Ia bukanlah penyakit hati, kerana bisikan kejiwaan dan lintasan khayalan ini pada kebiasaannya akan tetap terbentuk dan terjadi meskipun ia tidak menjadi kehendak seseorang individu. Ia pada kebiasaannya terjadi pada diri seseorang yang mempunyai keperibadian yang halus dan sensitif serta tabiat yang serius. Syaitan pula akan teguh mencengkam bersama dengan perasaan was-was ini.
Ubat atau penawar kepada penyakit ini ialah:
Ketahuilah bahawa anda tidak dipertanggungjawabkan terhadap ‘kekecamukan pemikiran’, kerana pada kebiasaannya ia berlaku di luar kehendak anda. Dalam pemikiran yang berkecamuk itu tidak berlaku sebarang percampuran dan persentuhan, tetapi hanya berlaku ‘perjiranan’ sahaja. Oleh itu, semua tabiat pemikiran tidak merebak dan berjangkit antara satu sama lain. Oleh itu, ia saling tidak memudaratkan. Sebagaimana berdekatannya kedudukan malaikat ilham dengan syaitan di sekeliling hati manusia tidak memberikan sebarang kemudaratan, maka begitu juga berdekatannya kedudukan golongan yang baik dengan golongan yang jahat dan keberadaan mereka pada satu tempat tidak mendatangkan sebarang mudarat. Begitu juga halnya jika lintasan-lintasan hati yang buruk yang tidak disengajakan bercampur baur dengan pemikiran-pemikiran yang suci dan murni, maka keadaan tersebut sedikitpun tidak akan mendatangkan kemudaratan jika ia tidak disengajakan, atau jika anda tidak terlalu menyibukkan diri anda dengannya sehingga anda menyangka ia akan mendatangkan mudarat kepada anda. Kadang-kadang hati berada dalam keadaan kepenatan, maka pemikiran akan disibukkan dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah secara kebetulan, lalu pada ketika itu, syaitan mengambil peluang dengan mengemukakan khayalan-khayalan yang keji dan menghamburkannya di