Ubat atau penawar kepada luka ini ialah:
Wahai saudaraku yang terkena ujian lagi dikasihani! Janganlah anda takut atau merasa kucar kacir. Kerana apa yang tergambar dalam cermin pemikiran engkau bukanlah cercaan dan celaan. Tetapi ia hanyalah beberapa gambaran khayalan yang melintasi cermin khayalan anda. Oleh kerana mengkhayalkan kekufuran bukanlah kekufuran, maka begitu juga mengkhayalkan cercaan bukanlah cercaan. Memang dimaklumi bahawa mengkhayalkan sesuatu tidak tertakluk kepadanya sebarang kesan hukum, manakala apabila cercaan itu benar-benar dilakukan barulah tertakluk kepadanya hukum tertentu. Lebih dari itu, perkataan-perkataan tidak baik itu bukanlah lahir daripada hati kecil anda sendiri, kerana hati kecil anda merasa menyesal dan tidak suka terhadapnya. Mungkin ia datang daripada sentuhan syaitan yang berdekatan dengan hati seseorang. Oleh itu, kemudaratan was-was ialah jika kita merasakan atau menjangkakan kemudaratan, iaitu kemudaratan was-was terhadap hati kita ialah apa yang kita sangkakan kemudaratannya kepada kita. Seseorang hanya mengkhayalkan sesuatu yang tidak mempunyai asas sedikitpun seolah-olah ia adalah suatu yang benar dan hakiki. Lalu dilabelkan kepadanya perbuatan-perbuatan syaitan yang dia sedikitpun tidak mempunyai kaitan dengannya. Seterusnya dia menyangka bahawa bisikan syaitan itu adalah datang daripada lintasan hatinya sendiri. Dia menggambarkan bagaimana kemudaratannya dan akhirnya dia terjatuh ke dalam kemudaratan tersebut. Inilah apa yang dikehendaki oleh syaitan itu sendiri.
Keadaan Kedua: