Keadaan Ketiga:
Terdapat beberapa hubungan tersembunyi di antara benda-benda. Bahkan mungkin terdapat jaringan hubungan di antara benda-benda yang tidak kita jangkakan. Jaringan hubungan ini mungkin wujud secara realiti atau ia hanyalah hasil daripada khayalan yang membuat jaringan hubungan tersebut mengikut kerja yang dilakukan. Inilah rahsia kenapa kadang-kadang berlakunya kedatangan beberapa khayalan yang buruk ketika melihat perkara-perkara yang suci dan kudus. Ini adalah kerana pertentangan yang menjadi sebab kerenggangan yang berlaku di luar, menjadi pendorong untuk melakukan pendekatan dan penjiranan dalam bentuk gambaran dan khayalan sebagaimana yang dimaklumi dalam ilmu al-bayan. Maksudnya hanya khayalan sahaja yang dapat menghimpunkan di antara dua benda yang saling bertentangan. Segala lintasan yang lahir dengan cara ini dinamakan sebagai ‘kekecamukan pemikiran’. Contohnya: