Kalimah Kedua Puluh Satu | Kalimah Kedua Puluh Satu | 13
(1-25)
Wahai saudaraku! Awaslah daripada berkata: “Alangkah jauhnya sembahyangku daripada mencapai tahap sembahyang tersebut?” Kerana biji benih menanggung segala sifat-sifat pohon tamar yang sudah besar utuh itu di dalam bijiannya. Perbezaan hanya tersebut dari sudut penjelasan secara ringkas atau huraian. Begitu juga sembahyang yang dilakukan oleh orang awam, iaitu orang-orang seperti aku dan engkau. Dalam sembahyang itu terdapat sebahagian daripada cahaya tersebut dan terdapat satu rahsia daripada hakikat tersebut, sebagaimana yang terdapat di dalam sembahyang yang dilakukan oleh para wali Allah yang salih sekalipun perasaannya tidak merasakan demikian sedikitpun. Manakala kadar bercahayanya sembahyang tersebut, maka ia berlaku dengan kadar yang berbeza-beza, sebagaimana berbezanya peringkat yang berlaku kepada sesuatu biji benih sebelum ia bertukar menjadi sebuah pohon yang besar dan kukuh. Meskipun sembahyang mempunyai darjat atau martabat yang lebih banyak, namun ia tetap mempunyai asas daripada hakikat rabbani tersebut.



Ya Allah! Sampaikanlah selawat dan salam kepada orang yang berkata “Sembahyang adalah tiang agama”,[1] serta kepada keluarga dan seluruh sahabat baginda.



-------------------------------------------
[1]Pengarang al-Maqasid berkata: “Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam al-Sha’b dengan sanad yang dha’if. Saya berkata: Hadis ini dibangsakan kepada al-Baihaqi di dalam al-Jami’ al-Saghir daripada Ibn ‘Umar. Hadis ini juga disebutkan oleh al-Ghazali di dalam al-Ihya’ dan diriwayatkan oleh Abu Nu’aim daripada Bilal bin Yahya, katanya: “Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW bertanyakan baginda tentang sembahyang. Lalu baginda menjawab: “Sembahyang adalah tiang agama.” Hadis ini mursal dan perawinya adalah thiqah. (Dengan ringkasan daripada Kashf al-Khafa’) Penterjemah.
No Voice