Kalimah Kedua Puluh Satu | Kalimah Kedua Puluh Satu | 11
(1-25)

Kesimpulan: Ketahuilah wahai jiwa! Semalam sudah pun berlalu. Esok pula belum lagi tiba. Tiada jaminan bahawa engkau akan memilikinya. Oleh itu, perkirakanlah umurmu yang hakiki iaitu hari ini. Paling kurangpun, gunakanlah satu jam daripadanya untuk diletakkan di dalam peti simpanan akhirat, iaitu masjid atau sejadah agar masa depan yang hakiki terjamin bagi engkau.

 

Ketahuilah juga bahawa setiap hari baru adalah pintu baru yang terbuka bagi alam yang baru bagi engkau dan bagi orang lain juga. Jika engkau tidak menunaikan sembahyang pada hari tersebut, maka alam hari itu akan berlalu menuju ke alam ghaib dalam keadaan gelap, mengadu dan berdukacita. Ia juga akan menjadi saksi bahawa engkau mengabaikannya.

 

Setiap orang daripada kita mempunyai alamnya yang tersendiri daripada alam tersebut. Jenis alam kita mengikut amalan dan hati kita sendiri. Perumpamaannya adalah sama seperti cermin. Gambaran yang kelihatan pada cermin adalah sama dengan warna dan jenis cermin itu. Jika cermin berwarna hitam, maka gambar yang kelihatan pada cermin juga hitam.. Jika cermin berkilat, maka gambar yang kelihatan adalah jelas. Jika cermin tidak berkilat, maka gambar akan kelihatan hodoh, bahkan sesuatu yang kecil akan kelihatan besar dan tidak cantik… Begitu juga engkau wahai jiwa. Dengan hati, akal dan amalan, engkau dapat mengubah gambaran alam engkau. Dengan pilihan dan kehendak engkau, engkau boleh menjadikan alam ini menjadi saksi bahawa engkau mengambil berat atau mengabaikannya.

 

No Voice