Kalimah Kedua Puluh Satu | Kalimah Kedua Puluh Satu | 10
(1-25)

Khazanah Pertama: Engkau akan mengambil[1] bahagian engkau daripada tasbih yang diucapkan oleh setiap benda yang engkau lakukan dengan niat yang ikhlas yang terdiri daripada bunga-bungaan, buah-buahan dan tanam-tanaman di dalam kebun engkau.

 

Khazanah Kedua: Setiap benda yang memakan hasil daripada kebun engkau, sama ada binatang atau manusia, sama ada manusia yang memakannya melalui jalan membeli atau mencuri, maka ia menjadi seperti sedekah jariah bagi engkau jika engkau menganggap diri engkau sebagai wakil dan pegawai yang ditugaskan untuk mengagihkan harta Allah SWT kepada para makhlukNya. Iaitu engkau bertindak atas nama Allah, Tuhan pemberi rezeki yang sebenar dan berdasarkan keredhaanNya.

 

Sekarang perhatikanlah pula orang yang meninggalkan sembahyang. Bukankah besar kerugiannya? Bukankah dia kehilangan kekayaan yang amat banyak? Bukankah dia akan terus kehilangan dan muflis daripada memperoleh kekayaan daripada dua khazanah yang sentiasa membekalkan kekuatan maknawi kepada manusia dan mendorongnya untuk bekerja dan berusaha dengan aktif? Bukankah sehingga dia mencapai umur tua pun dia akan bosan dan jemu seraya berkata: “Kenapakah aku perlu memenatkan diriku? Untuk siapakah aku bekerja? Aku pasti akan meninggalkan dunia ini esok!” Dengan itu, dia mencampakkan dirinya ke dalam dakapan kemalasan.

 

Sedangkan lelaki pertama berkata: “Aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kerja yang halal di samping ibadatku yang bertambah-tambah, agar aku dapat mengirimkan cahaya ke kuburku dan dapat membuat simpanan yang lebih banyak untuk akhiratku.”



[1]Maqam ini merupakan pengajaran bagi pekerja di dalam taman atau kebun. (Pengarang)

No Voice