Kalimah Kedua Puluh Satu | Kalimah Kedua Puluh Satu | 23
(1-25)

Rawatan bagi kecederaan ini adalah sebagaimana berikut:

 

Sesungguhnya menggambarkan kekufuran bukanlah kufur, sebagaimana mengkhayalkan kekufuran bukanlah kufur. Begitu juga, menggambarkan kesesatan bukanlah kesesatan, maka berfikir tentang kesesatan bukanlah kesesatan. Ini adalah kerana khayalan, sangkaan, gambaran dan fikiran adalah berlainan langsung dengan pembenaran akal dan ketundukan hati.. Khayalan, sangkaan, gambaran dan fikiran adalah perkara-perkara bebas yang tidak bersempadan. Oleh itu, ia tidak terikat atau mempunyai hubungan dengan sudut ikhtiyar (pilihan) yang ada pada kehendak seseorang manusia. Ia juga pada banyak keadaan tidak tunduk di bawah tanggungjawab keagamaan. Sedangkan pembenaran dan ketundukan tidak demikian sifatnya. Kedua-duanya tunduk di bawah satu neraca. Khayalan, sangkaan, gambaran dan fikiran juga bukanlah pembenaran dan ketundukan, maka ia tidak dianggap sebagai kekeliruan dan keraguan. Tetapi jika keadaan ini sentiasa berulang-ulang mendatangi seseorang tanpa alasan sehingga ia mencengkam kuat pada dirinya, mungkin ia akan melahirkan satu jenis kekeliruan yang sebenar. Kemudian orang yang was-was itu mungkin akan tergelincir kerana ia akan berada di sebelah sana (yang berlawanan dengan iman) atas nama keputusan akal yang bebas atau atas nama keadilan sehingga ia berpegang teguh untuk terus berada di sebalik pihak keimanan tanpa sebarang pilihan daripadanya. Ketika itu dia akan meninggalkan komitmen yang diwajibkan ke atasnya terhadap kebenaran, lalu dia akan binasa, kerana tertanam di dalam hatinya bahawa dia adalah seorang wakil yang diberikan kuasa oleh pihak yang berlawanan dengan pihak keimanan iaitu pihak musuh atau syaitan.

 

Mungkin was-was yang paling bahaya daripada jenis ini ialah:

No Voice