BUAH DARI POHON CAHAYA | BUAH DARI POHON CAHAYA | 5
(1-86)
Menghadapi keadaan ini, maka sebagai seorang cendikiawan yang mengakui perlunya keserasian antara ilmu pengetahuan moden dan ilmu agama, Badiuzzaman meneliti dasar-dasar kepercayaan menurut cara yang sesuai dengan pemikiran moden. Beliau kemudiannya mengarang Risalah an-Nur setebal 6000 muka surat. Agama telah beliau selediki dengan cara yang berbeza daripada yang digunakan oleh para ulamak sebelumnya. Ketika Badiuzzaman menjawab pertanyaan beberapa murid yang mengeluh tentang giuru-guru mereka kerana tidak menerangkan mengenai hal ehwal Tuhan, maka diperingatkan agar setiap murid mencurahkan perhatian sepenuhnya kepada ilmu yang dipelajari. Janganlah si murid bersikap pasif menunggu segalanya dari guru. Dengan demikian maka Badiuzzaman menganggap adalah amat penting membahaskan setiap masalah dalam Risalah an-Nur secara lengkap sehingga difahami oleh murid-murid dan setiap golongan manusia. Beliau memberikan contoh-contoh yang sederhana manakala penerangan dalam segi keyakinan telah diolah dengan mendasar dan mendalam sekali.
Institut Risale-I Nur di Amerika telah memikul tugas melaksanakan penterjemahan ke dalam bahasa Inggeris dan menyajikan bunga rampai ini sebagai contoh pertama.
Kami berusaha mengikuti gaya bahasa asal sehampir yang mungkin dan memohon kepada para pembaca mengingati bahawa jiwa dan susunan bahasa Turki Uthmaniah klasik dari buku asal adalah amat berbeza dengan yang biasa ditemui dalam banyak buku berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa moden lainnya.
Dari Allah datangnya berkat dan kepada-Nya kami percaya.
Risale-i Nur Institute of America.

No Voice