Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 124
(1-132)
Maka ‘Bismillahir rahmanir rahim’ inilah menunjukkan kepada ketiga-tiga perkara yang kompleks dan penting bagi acuan tersebut.
Rahsia Ketiga:
Ia adalah suatu yang tidak perlu kepada pemikiran. Ia dapat disaksikan dengan jelas iaitu bahawa rahmat Ilahilah yang menggembirakan seluruh hidupan yang tidak terbatas itu..
Rahmat itulah juga yang menyinari segala kewujudan yang diselaputi dengan kegelapan..
Rahmat itulah juga yang mengasuh di dalam dakapannya segala makhluk yang sentiasa mempunyai hajat dan keperluan yang tidak berkesudahan..
Rahmat itulah juga yang mengarah semua hidupan dari segenap penjuru dan menuntunnya dan mempermudahkannya bagi kegunaan manusia. Bahkan rahmat itulah juga yang menjadikan semua hidupan itu sentiasa menunggu-nunggu untuk membantu dan memberikan pertolongan kepada manusia, sebagaimana seluruh bahagian sesuatu pohon tertuju kepada penghasilan buahnya..
Rahmat itulah juga yang memakmurkan ruang angkasa yang luas dan menghiaskan alam yang kosong ini..
Rahmat itulah juga yang menjadikan manusia yang bersifat dengan kemusnahan layak untuk hidup kekal abadi, layak untuk menerima arahan Allah tuhan sekalian alam dan layak untuk dikurniakan dengan kelebihan wilayah (perlindungan) Allah swt.
Maka wahai manusia!
Selagi mana rahmat Allah itu dikasihi, dan selagi mana ia mempunyai kekuatan, tarikan dan bantuan yang tidak terbatas, maka berpegang teguhlah dengan hakikat tersebut dengan berkata ‘bismillahir rahmanir rahim’. Selamatkanlah diri anda daripada kegerunan kesepian yang mutlak. Selamatkanlah ia daripada kesakitan keberhajatan yang tidak berkesudahan itu. Hampirkanlah diri anda kepada yang mempunyai arasy yang maha agung. Jadilah anda seorang yang menerima perintah, seorang yang amanah, seorang kekasih dan seorang sahabat, dengan cahaya-cahaya rahmat dan kasihan belasNya.
Ya! Pengumpulan dan penghimpunan segala makhluk di sekitar manusia yang berdasarkan hikmat yang telah ditetapkan, dan menjadikan setiap makhluk itu sentiasa menghulurkan tangannya bagi membantu manusia memenuhi segala keperluannya yang sentiasa bertambah, pengumpulan dan penghimpunan itu tidak syak lagi lahir daripada salah satu dua andaian berikut: Mungkin setiap jenis hidupan itu mengenali manusia, tahu tentangnya, lalu memberikan ketaatan dan sentiasa berusaha untuk berkhidmat kepadanya.
No Voice