Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 132
(1-132)
Ketahuilah bahawa jalan untuk sampai kepada khazanah tersebut ialah: contoh paling bersinar baginya, orang yang paling baik mewakilinya, lidah paling fasih menuturkannya dan penyeru paling mulia kepadanya ialah sebagaimana dinyatakan oleh al-Quran al-Karim sebagai (رحمة للعالمين) iaitulah Rasul kita yang kita kasihi. Maka jalan paling baik untuk sampai kepada khazanah abadi tersebut ialah dengan mengikuti sunnahnya yang maha suci.
Tetapi bagaimana caranya untuk kita sampai kepadanya? Apakah jalannya?
Ketahuilah bahawa jalannya ialah dengan berselawat kepadanya.
Ya! Dengan berselawat kepadanya. Berselawat kepadanya adalah berdoa untuk mendapat rahmat bagi rahmat yang terjelma dan hidup pada diri baginda s.a.w. Berselawat juga menjadi jalan untuk sampai kepada orang yang menjadi rahmat kepada sekalian alam.
Maka wahai manusia! Jadikanlah selawat kepada baginda sebagai jalan untuk sampai kepada baginda. Kemudian berpegang teguhlah dengan baginda agar baginda menyampaikan anda kepada rahmat tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Sesungguhnya keseluruhan ummat ini dengan doa dan selawatnya kepada Rasulullah saw membuktikan dengan jelas tentang betapa bernilai, penting, luas dan agungnya rahmat serta hadiah ilahi tersebut.
Kesimpulan:
Sesungguhnya penjaga khazanah rahmat Ilahi dan penyeru paling mulia kepadanya ialah Rasulullah saw. Manakala anak kunci paling mulia bagi khazanah tersebut ialah ‘bismillahir rahmanir rahim’. Manakala benda paling mudah membukanya ialah selawat kepada Rasulullah saw.
Ya Allah! Dengan rahsia-rahsia ‘bismillahir rahmanir rahim’, berselawatlah kepada orang yang Engkau utuskan sebagai rahmat buat sekalian alam, sebagaimana selayaknya dengan rahmat dan kehormatanMu. Juga berselawatlah kepada ahli keluarga dan sahabat baginda sekalian.
Rahmatilah kami dengan kerahmatan yang menjadikan kami tidak memerlukan kerahmatan mana-mana makhlukMu seorangpun.. Amin.

Maksudnya: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
No Voice