Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 130
(1-132)
Ya, sesungguhnya orang yang melakukan kesemua perkara tersebut adalah Allah yang maha kudus lagi maha suci.. Sebagaimana Ia disucikan daripada sebarang kesyirikan, iaitu tiada sekutu bagiNya, tiada bagiNya bandingan, tiada lawan baginya dan tiada yang setanding denganNya, maka sudah pasti juga tidak ada yang sama denganNya, iaitu tiada yang serupa denganNya dan tiada yang sama bentuk denganNya. Ini berdasarkan nas al-Quran (al-Shura: 11):
Tetapi urusan-urusanNya yang bijaksana, sifat-sifatNya yang mulia dan nama-namaNya (al-asma’ al-husna) yang indah dilihat dengan pandangan perbandingan dan perumpamaan sebagaimana terkandung di dalam ayat berikut (al-Rum: 27):
Maksudnya bahawa bandingan dan perbandingan boleh dilakukan dan diterima ketika melihat dan memerhatikan kepada urusan-urusanNya yang bijaksana.
Hadis ini mempunyai maksud mulia yang banyak, antaranya ialah bahawa manusia adalah makhluk dalam bentuk yang memperlihatkan jelmaan nama Allah ‘al-rahman’ dengan penampilan yang sempurna.
Ya, kami telah jelaskan di dalam rahsia-rahsia yang lalu bahawa nama ‘al-rahman’ menjelma melalui sinaran-sinaran fenomena seribu satu nama daripada al-asma’ al-husna di atas permukaan alam. Nama ‘al-rahman’ juga telah dibentangkan melalui penjelmaan tidak terbatas bagi rububiyyah mutlak di atas permukaan bumi ini. Maka demikian juga Allah swt telah memperlihatkan penjelmaan sempurna nama bagi ‘al-rahman’ di dalam bentuk yang sempurna bagi manusia. Dia memperlihatkannya dalam saiz yang kecil sebagaimana Dia memperlihatkannya pada permukaan bumi dan pada permukaan alam ini dengan saiz yang lebih besar dan lebih luas.
Di dalam hadis tersebut juga terdapat isyarat yang menunjukkan bahawa pada manusia dan segala hidupan lain terdapat fenomena yang menunjukkan kepada ‘al-rahman’ dan ‘al-rahim’ sama seperti sebuah cermin yang membalikkan jelmaan-jelmaan Allah swt. Maka seseorang manusia sebenarnya menunjukkan kepada Allah swt dengan amat jelas dan terang, bahkan kejelasan dan kepastiannya sama seperti sebuah cermin bercahaya yang menunjuk dan membalikkan cahaya matahari kepada matahari itu sendiri.
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”Tetapi urusan-urusanNya yang bijaksana, sifat-sifatNya yang mulia dan nama-namaNya (al-asma’ al-husna) yang indah dilihat dengan pandangan perbandingan dan perumpamaan sebagaimana terkandung di dalam ayat berikut (al-Rum: 27):
وَلَهُ الْمَثَلُ الأَعْلَى فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maksudnya: “Dan bagiNyalah jua perumpamaan yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”Maksudnya bahawa bandingan dan perbandingan boleh dilakukan dan diterima ketika melihat dan memerhatikan kepada urusan-urusanNya yang bijaksana.

No Voice