Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 128
(1-132)
Berdasarkan kepada rahsia yang halus ini, maka sesungguhnya Allah swt telah menjelaskan dengan terang acuan al-ahadiyyah (keesaan) ini pada setiap bahagian sebagaimana Ia telah memperlihatkannya pada setiap jenis benda. Ini dilakukan agar menarik perhatian kepada zat Allah yang maha esa, dan agar setiap individu tanpa memandang kepada kedudukannya dapat berinteraksi secara langsung melalui ucapan (إياك نعبد وإياك نستعين) dengan zat Allah yang maha kudus, tanpa sebarang keberatan dan kesulitan.
Demi menjelaskan rahsia agung ini, ketika al-Quran al-Karim membahaskan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah yang terdapat di angkasa raya yang amat luas itu, tiba-tiba ia berbicara tentang satu kawasan paling sempit dan bahagian paling kerdil yang terdapat pada makhluknya bagi menzahirkan acuan al-ahadiyyah (kesatuan) sejelas-jelasnya pada segala benda.
Contohnya:
Ketika al-Quran al-Karim menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Allah swt pada penciptaan langit dan bumi, ia mengiringinya dengan tanda-tanda kekuasaan Allah pada penciptaan manusia itu sendiri, dengan menerangkan tentang nikmat yang banyak yang terdapat pada keindahan suaranya dan hikmat yang tidak terkira yang terdapat pada belahan wajahnya. Ini dilakukan agar pemikiran tidak berserabut dan berkecamuk serta tenggelam di dalam ufuk yang amat luas, agar hati tidak tenggelam di dalam banyak perkara yang tidak terkira, dan agar ruh dapat sampai kepada tuhannya yang disembah dengan benar tanpa sebarang perantaraan.
Ayat al-Quran al-Karim yang berikut menjelaskan hakikat tersebut dengan terang. Firman Allah swt (al-Rum: 22):
Meskipun tanda-tanda dan cop al-wihdaniyyah terdapat dan diletakkan pada para makhluk dengan begitu banyak sekali, bermula daripada cop dan acuan yang paling luas dan paling besar hingga kepada bahagiannya yang paling kecil, di dalam pelbagai himpunan yang bertindan serta martabat dan kedudukan jenis yang pelbagai, namun kejelasan cop dan acuan al-wihdaniyyah itu walau bagaimana jelas sekalipun, maka kejelasannya itu berada di samping makhluk yang banyak, yang tidak dapat memenuhi hakikat ucapan (إياك نعبد). Oleh itu, kewujudan acuan al-ahadiyyah di celahan cop al-wihdaniyyah adalah suatu kemestian agar satu jalan dapat dibuka bagi qalbu untuk menuju kepada zat Allah swt yang kudus tanpa terganggu oleh bilangan makhluk yang banyak.
Demi menjelaskan rahsia agung ini, ketika al-Quran al-Karim membahaskan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah yang terdapat di angkasa raya yang amat luas itu, tiba-tiba ia berbicara tentang satu kawasan paling sempit dan bahagian paling kerdil yang terdapat pada makhluknya bagi menzahirkan acuan al-ahadiyyah (kesatuan) sejelas-jelasnya pada segala benda.
Contohnya:
Ketika al-Quran al-Karim menjelaskan tanda-tanda kekuasaan Allah swt pada penciptaan langit dan bumi, ia mengiringinya dengan tanda-tanda kekuasaan Allah pada penciptaan manusia itu sendiri, dengan menerangkan tentang nikmat yang banyak yang terdapat pada keindahan suaranya dan hikmat yang tidak terkira yang terdapat pada belahan wajahnya. Ini dilakukan agar pemikiran tidak berserabut dan berkecamuk serta tenggelam di dalam ufuk yang amat luas, agar hati tidak tenggelam di dalam banyak perkara yang tidak terkira, dan agar ruh dapat sampai kepada tuhannya yang disembah dengan benar tanpa sebarang perantaraan.
Ayat al-Quran al-Karim yang berikut menjelaskan hakikat tersebut dengan terang. Firman Allah swt (al-Rum: 22):
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”Meskipun tanda-tanda dan cop al-wihdaniyyah terdapat dan diletakkan pada para makhluk dengan begitu banyak sekali, bermula daripada cop dan acuan yang paling luas dan paling besar hingga kepada bahagiannya yang paling kecil, di dalam pelbagai himpunan yang bertindan serta martabat dan kedudukan jenis yang pelbagai, namun kejelasan cop dan acuan al-wihdaniyyah itu walau bagaimana jelas sekalipun, maka kejelasannya itu berada di samping makhluk yang banyak, yang tidak dapat memenuhi hakikat ucapan (إياك نعبد). Oleh itu, kewujudan acuan al-ahadiyyah di celahan cop al-wihdaniyyah adalah suatu kemestian agar satu jalan dapat dibuka bagi qalbu untuk menuju kepada zat Allah swt yang kudus tanpa terganggu oleh bilangan makhluk yang banyak.
No Voice