Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 17
(1-132)
Namun berlaku balasan yang adil kepada kaum wanita tersebut, kerana betis-betis mereka yang dijadikan senjata fitnah yang melukakan itu telah bertukar menjadi bahan api neraka jahannam dan merupakan benda pertama yang dibakar di dalam neraka, balasan akibat daripada mereka mendedahkannya hanya dalam tempoh beberapa tahun di hadapan orang yang tidak halal melihatnya semasa di dunia.
Di samping itu, mereka juga tidak memperolehi suami yang sesuai, bahkan mereka tidak berjaya memperolehinya meskipun mereka amat memerlukan kepada seorang suami sebagai menyahut panggilan fitrah dan penciptaan semulajadi mereka. Ini kerana mereka telah menyia-nyiakan kepercayaan dan kesetiaan semasa di dunia. Bahkan mereka menjadi terbuang, terhina, tidak dihiraukan dan tidak diambil peduli, kerana tiada orang yang sudi menikahi mereka dan mengambil berat tentang mereka, terutamanya pada zaman di mana hanya seorang lelaki sahaja yang menjadi penjaga kepada 40 orang wanita, sebagaimana dinyatakan di dalam hadis yang mulia.
Inilah hakikatnya. Seseorang yang cantik pasti akan menyukai kecantikannya dan dengan segala daya dan upayanya berusaha untuk memelihara dan mengekalkannya serta tidak mahu ia disentuh oleh sebarang kecacatan. Kecantikan juga adalah nikmat yang dikurniakan, dan jika sesuatu nikmat disyukuri maka ia akan bertambah dan jika dikufuri ia akan hilang. Tidak syak lagi seseorang wanita yang memiliki kewarasan akan melarikan diri dengan segala kekuatan yang ada pada dirinya daripada membenarkan kecantikan dirinya menjadi wasilah untuk melakukan kesalahan dan dosa serta menyebabkan orang lain juga terjatuh ke lembah tersebut. Sudah pasti dia akan melarikan diri daripada menjadikan kecantikan dirinya bertukar kepada keburukan dan kehodohan yang membawa nahas dan dipenuhi racun. Tidak syak lagi dia pasti akan mengalami kekalahan jika dia menukar nikmat yang dikurniakan kepadanya itu menjadi paksi azab dan seksaan.

No Voice