Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 18
(1-132)
Oleh itu, sepatutnya seorang wanita yang cantik menggunakan kecantikannya menurut jalan yang dibenarkan syarak agar kecantikan yang fana’ itu akan berkekalan selama-lamanya, daripada hanya menjadi kecantikan yang tidak dapat bertahan lama kecuali beberapa tahun sahaja. Ketika itu, dia dianggap telah menunaikan kesyukuran yang sepatutnya terhadap nikmat tersebut. Jika ini tidak dilakukannya, maka dia akan meneguk berbagai-bagai kesakitan dan keazaban pada zaman tuanya. Dia akan menangis dan menyesali dirinya kerana tidak tahan melihat dirinya yang tidak dihirau oleh orang lain yang merasakan dirinya hanya membebankan mereka.
Tetapi jika kecantikan tersebut dihiasi dengan hiasan adab-adab al-Quran dan dijaga dengan selayaknya dalam paksi tarbiah Islam, maka kecantikan yang fana’ itu akan berkekalan dari sudut maknawi. Dia akan dikurniakan kecantikan yang lebih cantik, indah dan manis daripada kecantikan bidadari yang terdapat di dalam syurga yang kekal abadi sebagaimana dinyatakan di dalam sebuah hadis.[1]
Jika wanita tersebut mempunyai secebis akal, dia pasti tidak akan membiarkan hasil yang berkekalan dan menguntungkan ini terlepas daripada genggamannya.
--------------------------------------------------
[1]Terdapat banyak hadis dalam hal ini. Antaranya: Daripada Umm Salamah, isteri Nabi saw, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang): “Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning… hingga akhir hadis… Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Awsat dengan lafaz di atas. (Dari kitab al-Targhib wa al-Tarhib, karangan al-Munziri, jil. 4, hlm. 537)

No Voice