Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 24
(1-132)
Permasalahan Utama
Pada suatu hari kami bertanya kepada al-Ustaz Badi’ al-Zaman Sa’id al-Nursi:“Perang Dunia Kedua telah berlalu selama dua tahun. Peperangan ini mempunyai hubungan yang amat erat dengan kesudahan nasib Dunia Islam. Meskipun demikian, tuan tidak pernah bertanya kepada kami tentangnya, bahkan tuan tidak bertanya Encik al-Amin yang saban hari memberikan perkhidmatan kepada tuan tentangnya walaupun sekali. Tuan tidak pernah menunjukkan yang tuan mengambil berat tentangnya walaupun ketika peperangan sedang sengit berlaku. Adakah tuan mempunyai urusan lain yang jauh lebih layak untuk difikirkan dan diambil berat lebih daripada perang tersebut, sehingga ia tidak memberikan apa-apa kepentingan kepada tuan? Atau adakah tuan berpandangan dan berpendapat bahawa mengambil tahu dan mengambil berat tentangnya merupakan satu dosa dan kesalahan serta boleh mendatangkan mudarat?”
Ini adalah antara kandungan soalan yang kami kemukakan kepada al-ustaz. Beliau memberi jawapan berikut:
Ya! Terdapat suatu hakikat yang lebih agung dan lebih besar daripada peperangan yang sedang berlangsung itu. Hakikat tersebutlah yang menguasai dunia yang wujud ini. Lantaran keagungan dan kebesaran hakikat tersebut, peperangan itu hanya sekelumit cuma jika dibandingkan dengannya. Ya memang sekarang terdapat dua buah negara besar yang sedang berlumba untuk saling mengatasi di antara satu sama lain. Kedua-duanya juga berlumba-lumba untuk mengenengahkan peranan masing-masing demi untuk meluaskan penguasaan dan pengaruh terhadap dunia ini. Dua agama langit paling besar juga sedang bertikai bagi mencapai kepentingan masing-masing di hadapan mahkamah perdamaian. Dalam masa yang sama juga, api pertarungan ganas sedang bergejolak di antara aliran kekufuran (atheis) dan agama-agama langit. Golongan sosialis dan puak-puak bourgeois pula sedang bertelingkah di hadapan mahkamah mereka… Dalam suasana tersebut, kita dapati satu permasalahan lebih besar daripada keseluruhan permasalahan-permasalahan di atas. Ia adalah satu hakikat yang lebih agung daripada hakikat-hakikat yang lain. Jika hanya ada seorang sahaja yang terkena musibah dengan hakikat tersebut, maka bencananya adalah lebih besar dan lebih hebat daripada semua peperangan yang berlaku di atas muka bumi ini. Permasalahan itu ialah:
No Voice