Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 41
(1-132)
Harapan Ketujuh
Iman Adalah Hiburan
Ketika kegembiran dan senyuman Sa’id Lama bertukar menjadi tangisan dan esakan Sa’id Baru[1] yang berlaku pada permulaan zaman tuanya, segolongan yang mempunyai kedudukan duniawi di Ankara mengundang saya agar datang ke sana kerana mereka menyangka saya masih lagi sebagai Sa’id Lama, lalu saya menerima undangan mereka.
Pada suatu hari, iaitu pada hari-hari terakhir musim luruh, saya mendaki ke kemuncak kota Ankara yang lebih tua dan berumur daripada diri saya sendiri. Lalu saya menggambarkan kota yang tersergam di hadapan saya itu sebagai peristiwa-peristiwa sejarah yang membatu. Saya diselubungi oleh kedukacitaan dan kesedihan yang mendalam terhadap zaman yang sudah tua pada musim luruh ini, juga terhadap kota ini yang sudah terlalu berumur, juga terhadap kemanusiaan serta Daulah ‘Uthmaniyyah yang sudah tua, juga terhadap kematian kerajaan khilafah, serta dunia ini yang sudah lanjut usia. Keadaan tersebut memaksa saya ketika berada di kemuncak kota yang tinggi itu untuk melihat kepada perlembahan masa silam dan kemuncak masa depan. Saya mencari-cari cahaya, pengharapan dan hiburan yang boleh menyinarkan kegelapan pekat yang saya rasakan telah menyelubungi ruh saya di sana yang tenggelam di dalam kegelapan malam yang sudah tua dan berada di mana-mana.[2]
Ketika saya memandang ke sebelah kanan yang merupakan zaman yang telah berlalu, bagi mencari cahaya dan pengharapan, dari jauh kelihatan tanah perkuburan besar bagi ayah, datuk nenek dan manusia keseluruhannya. Pandangan ini tidak menghibur dan menggembirakan saya, sebaliknya menjadikan saya merasa takut.
-----------------------------------------------
[1]al-Ustaz Badi’ al-Zaman Sa’id al-Nursi menggelarkan dirinya sebagai Sa’id Lama sebelum beliau mula menulis Rasa’il al-Nur, manakala selepas itu beliau menggelarkan dirinya sebagai Sa’id Baru. (Penterjemah)
[2]Keadaan ruhani seperti ini telah berlaku dalam bentuk munajat kepada hati dalam bahasa Parsi, lalu saya menulisnya sebagaimana ia datang, kemudian ia dicetak bersama-sama dengan Risalah ‘Habab’ di Ankara. (Penulis)

No Voice