Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 40
(1-132)
Dari sini, adalah perlu bagi kita, dan terlebih perlu bagi seluruh ummat, agar para penuntut al-Nur membuka madrasah-madrasah kecil di segenap tempat menurut kemampuan yang ada setelah kerajaan memberikan kebenaran pada masa sekarang untuk menubuhkan sekolah-sekolah khusus bagi mengajar perkara-perkara berkaitan dengan agama.[1]
Ya, memang benar, setiap orang yang membaca Rasa’il al-Nur mampu mengambil sesuatu faedah untuk dirinya, tetapi dia tidak mampu untuk menguasai seluruh permasalahan yang terdapat di dalamnya. Ini adalah kerana Rasa’il al-Nur merupakan penjelas kepada hakikat iman. Ia adalah pelajaran-pelajaran ilmiah, makrifat ilahi, ketenangan hati dan dalam masa yang sama ia adalah ibadat kepada Allah.
Pelajaran-pelajaran yang diperoleh di sekolah-sekolah agama biasa dalam masa lima atau sepuluh tahun mungkin boleh diperoleh hanya dalam tempoh lima atau sepuluh minggu sahaja di madrasah Nuriyyah dengan izin Allah. Bahkan hasil tersebut telah terjamin diperoleh sepanjang dua puluh tahun yang telah lalu, al-hamdulillah.
Adalah diterima juga Rasa’il al-Nur yang menyeru kepada al-Quran dan yang merupakan kilatan cahayanya yang menyinar amat memberikan faedah dan manfaat bagi kehidupan rakyat dan keamanan negara, bahkan dalam bidang politik lebih-lebih lagi bagi kehidupan di akhirat. Oleh itu, amat perlu bagi setiap negara dan kerajaan agar tidak mengenakan sekatan, bahkan ia hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Rasa’il al-Nur dan menggalakkan orang ramai untuk membacanya… Agar dapat menjadi penghapus terhadap kesalahan-kesalahan besar yang dilakukannya dahulu dan menjadi benteng kepada bencana, musibah, huru hara dan keganasan yang akan berlaku nanti.
----------------------------------------------------------------
[1]Semua sekolah agama di Turki diharamkan semenjak awal tahun 20an hingga tahun 1950. (Penterjemah)

No Voice