Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 43
(1-132)
Sedang saya merasa serba salah berhadapan dengan keenam-enam penjuru itu, saya didatangi oleh pelbagai rasa kesunyian, keseorangan, kedahsyatan, kekecewaan dan kegelapan. Sekonyong-konyong datang cahaya keimanan yang bergemerlapan di hadapan al-Quran yang penuh mukjizat. Ia menghulurkan kepada saya cahaya-cahaya yang terang dan bersinar yang sekira-kira jika pelbagai jenis kesunyian dan kegelapan yang saya hadapi itu berlipat ganda seratus kali pun, maka cahaya tersebut sudah mencukupi bagi menghilangkannya.Dengan kelebihan rahsia al-Quran, keimanan juga memperlihatkan kepada saya bahawa hal ehwal dan keadaan dunia yang sedang runtuh di dalam kegelapan ketiadaan pada pandangan kelalaian sebenarnya tidak jatuh ke dalam lembah ketiadaan, sebagaimana disangkakan pada permulaannya, bahkan ia adalah sejenis risalah rabbani dan tulisan kudus ilahi yang telah menyempurnakan segala tugasnya, merealisasikan segala pengertiannya dan meninggalkan hasil di alam nyata ini. Dengan demikian keimanan memberitahu saya tentang hakikat dunia dengan ‘ilm al-yaqin.
Lalu cahaya tersebut menukar segala kesunyian yang panjang itu kepada kegembiraan dan pengharapan. Ia menukarkan satu demi satu ketakutan dan kebimbangan kepada kejinakan hati dan pengharapan ruh.
Ya, iman telah mencarikkan segala gambaran menakutkan bagi masa lalu yang seperti tanah perkuburan besar lalu menukarnya kepada satu majlis bercahaya yang menyenangkan dan menjadi seperti pertemuan para sahabat. Keadaan tersebut kelihatan secara ‘ain al-yaqin dan haqq al-yaqin…
Kemudian iman juga turut memperlihatkan dengan ‘ilm al-yaqin bahawa masa hadapan yang kelihatan melalui pandangan kelalaian seperti sebuah tanah perkuburan yang besar dan luas, tidak lain dan tidak bukan hanyalah merupakan majlis sambutan ilahi yang diadakan di istana kebahagiaan yang kekal abadi.
Keimanan juga telah menghancurkan gambaran keranda dan jenazah bagi masa sekarang pada pandangan kelalaian. Ia memperlihatkan kepada saya bahawa zaman sekarang hanyalah tempat perdagangan akhirat dan tempat sambutan ilahi yang amat menarik.
Keimanan juga memperlihatkan dengan ‘ilm al-yaqin bahawa satu-satunya buah yang kelihatan melalui pandangan kelalaian di atas pokok umur dalam bentuk keranda dan jenazah tidak lagi dalam gambaran sedemikian. Tetapi ia adalah langkah permulaan bagi ruh saya yang layak untuk hidup abadi dan mendapat kebahagiaan yang berkekalan daripada sarangnya menuju kepada ufuk bintang bagi bersiar-siar dan melancung.
Keimanan juga menerangkan dengan rahsia-rahsianya, bahawa tulang belulang saya yang telah hancur itu dan tanah permulaan penciptaan saya bukanlah tulang yang hina dan binasa serta dipijak-pijak dengan kaki sahaja, tetapi ia adalah tanah yang menjadi pintu kerahmatan dan langsir kepada khemah besar syurga.

No Voice