Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 84
(1-132)
[Dari al-Lama’at]
Satu Permasalahan Berkaitan dengan Jiwa
إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ
Maksudnya: “…sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan...” (Yusuf: 53)Satu Permasalahan Berkaitan dengan Jiwa
إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ
Sabda Rasulullah saw di dalam sebuah hadis:
أعدى عدوك نفسك التي بين جنبيك.
Maksudnya: “Musuh anda yang paling ketat ialah nafsu anda yang berada di dalam diri anda sendiri.”Benar! Sesungguhnya sesiapa yang mengasihi dirinya yang ammarah bissu’ (sentiasa menyuruh melakukan kejahatan) dan tidak suci itu serta kagum dengannya, pada hakikatnya dia langsung tidak mengasihi orang lain, bahkan hanya mengasihi dirinya sahaja. Bahkan jika dia melahirkan perasaan kasih sayang kepada orang lain, maka kasih sayang itu tidak datang daripada lubuk hatinya. Mungkin kasih sayang itu adalah kerana sesuatu manfaat buat dirinya lantaran kenikmatan yang mungkin akan diperolehinya. Dia juga akan sentiasa berusaha agar dirinya dikasihi oleh orang lain dan mendapat kekaguman mereka. Dia akan memalingkan sebarang kecuaian daripada dirinya dan tidak akan menanggungkan bebanan kekurangan pada dirinya. Bahkan dia akan mempertahankan dirinya sebagaimana seorang peguam bela ikhlas yang membela anak guamnya daripada sebarang kesalahan. Dia juga akan memuji dirinya sendiri dengan perkara-perkara yang melampaui batas bahkan dengan pendustaan sekalipun bagi membersihkan dirinya daripada sebarang kecacatan atau kekurangan. Kadang-kadang hampir sampai kepada peringkat mengagung dan menyucikan dirinya. Bahkan sampai ke suatu peringkat sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah swt:
مَنْ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ
Maksudnya: “…orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan…” (al-Furqan: 43)No Voice