Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 85
(1-132)
Ketika itu, tamparan dan tempelengan ayat ini berturut-turut dikenakan ke atasnya mengikut peringkat kesalahan yang dilakukan. Maka pujian terhadap dirinya akan bertukar kepada berpalingnya manusia daripada dirinya. Cubaannya agar mereka memberikan kasih sayang kepadanya akan bertukar kepada perasaan keberatan mereka terhadapnya. Dia akan mendapati keadaan di sebalik apa yang diharapkan. Lebih-lebih lagi dia telah menghilangkan keikhlasan, kerana dia mencampurkan riyak dan menunjuk-nunjuk dalam amalan akhiratnya.
Dia telah tewas berhadapan dengan syahwat, hawa nafsu dan perasaannya sendiri yang tidak dapat melihat akibat buruk yang bakal menimpa, tidak memikirkan hasil yang akan berlaku dan hanya merasa seronok untuk mendapat kelazatan sementara. Bahkan kadang-kadang nafsunya yang sesat memberikan pelbagai alasan untuk menghasutnya melanggar peraturan demi memperoleh kenikmatan yang hanya berlangsung selama sejam sahaja, tetapi boleh menyebabkannya terhumban ke dalam penjara selama setahun. Kadang-kadang dia terpaksa menghadapi sepuluh tahun hukuman hanya kerana mahu menenangkan gejolak perasaan balas dendam dan syahwatnya yang sentiasa mempedayakan yang berlangsung dalam tempoh tidak sampai seminit pun. Perumpamaan orang seperti itu adalah sama dengan seorang kanak-kanak bodoh yang tidak mampu memberikan nilai yang sepatutnya kepada sebahagian al-Quran yang dibaca dan dipelajarinya, lalu dia menjualnya bagi mendapatkan sekeping kuih yang murah harganya. Kerana dia menjual kebaikan-kebaikannya yang lebih mahal daripada batu permata dan menggantikannya dengan sesuatu yang tidak berguna seperti hanya kepingan-kepingan kaca. Itulah perasaan, hawa nafsu dan kebongkakannya. Dia akan memperoleh kerugian besar sedangkan sepatutnya dia mendapat keuntungan berganda.
Ya Allah! Perliharakanlah kami daripada keburukan jiwa dan syaitan, dan daripada keburukan jin dan manusia.

No Voice