Pemandu Pemuda | Pemandu Pemuda | 88
(1-132)
[Daripada Mulhaq Qastamuni]
Penyakit Lupa
Pada suatu hari, salah seorang penuntut Rasa’il al-Nur yang menghafal al-Quran berkata kepada saya sebagaimana kebanyakan orang lain:Penyakit Lupa
“Saban hari, penyakit lupa semakin menjadi-jadi di sisi saya. Apakah yang harus saya lakukan?”
Saya menjawab:
Jangankah engkau memandang kepada yang haram sekadar kemampuan engkau. Kerana “pandangan yang haram akan menyebabkan kelupaan”, sebagaimana diriwayatkan daripada Imam Syafie r.a.
Memang benar! Sesungguhnya setiap kali bertambah pandangan yang haram di sisi ummat Islam, maka jiwa nafsu syahwat mereka akan bergejolak, lalu akan melahirkan keadaan pelampauan dan berlebihan, sehingga kadang-kadang seseorang terpaksa mandi wajib sebanyak beberapa kali dalam seminggu. Ini akan menyebabkan kelemahan dan kekuatan hafalan sebagaimana termaklum di sisi ilmu perubatan.
Antara faktor yang menyebabkan penyakit kelupaan ini menjadi begitu tersebar mencakupi seluruh lapisan masyarakat ialah kerana menularnya perbuatan mendedahkan aurat pada zaman ini, terutamanya di negeri-negeri panas. Keadaan ini menyebabkan banyak berlaku pandangan-pandangan haram yang hanya mengakibatkan berlaku pelampauan dan berlebihan. Anda dapati semua orang mengadu menghidapi penyakit lupa. Setiap orang tanpa kecuali, berdasarkan separah mana dia menghidapinya.
Mungkin sebahagian daripada pentakwilan hadis yang memberi amaran bahawa al-Quran akan dicabut daripada dada para penghafal pada akhir zaman, terlaksana melalui peningkatan penyakit ini.
Ini bermakna bahawa penyakit ini akan bertambah parah dan akan menghalang daripada seseorang dapat menghafal al-Quran. Ketika itu, terlaksanalah pentakwilan hadis tersebut.
No Voice