Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 5
(1-144)
PENGANTAR
Sebelum kita membahas biografi Ustadz Badiuzzaman Said Nursi, kita harus mengetahui secara ringkas beberapa peristiwa besar yang terjadi pada masa kehidupan beliau dan penderitaan serta kepedihan yang meninggalkan luka mendalam di dalam lubuk hati beliau ketika menyaksikan umatnya menderita dan merintih di bawah cengkeramannya.
Beliau – semoga Allah merahmatinya, dilahirkan pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid ath-Thani iaitu di masa-masa terakhir kerajaan Uthmaniah yang hampir umbang. Beliau hidup semasa banyak musuh berlumba-lumba menghancurkan kerajaan ini. Mereka begitu dengki terhadap Islam dengan wujudnya negara berbentuk Khalifah. Meski usaha gigih Sultan Abdul Hamid untuk memelihara kerajaannya yang luas selama 33 tahun iaitu dengan menggunakan kecerdikan polisinya, memanfaatkan suasana antarabangsa dan usahanya membangkitkan dunia Islam serta peringatan akan pentingnya kesatuan dan perpaduan di kalangan bangsanya untuk menghadapi angin taufan dari Eropah yang berdendam, namun semua itu sudah terlambat kerana agen-agen asing telah mampu membuat pos-pos pada waktu yang tepat di tengah-tengah negara untuk meruntuhkan pohon kerajaan dari akar-akarnya, kemudian setelah itu menggugurkan batang serta dahan-dahannya. Pakatan telah dibuat dengan sangat teliti oleh kumpulan dan jaket mata-mata asing sehingga Sultan ridak mampu menghalang rampasan kuasa yang telah dirancang oleh kekuatan luar dan memperalatkan pelbagai organisasi dan persatuan untuk melaksanakannya.
Setelah Sultan digulingkan dari pemerintahan, media massa antarabangsa membuat propaganda meluas sehingga berhasil memburuk-burukkan Sultan yang teraniaya ini dan memberikan gelaran “Sultan Merah”, maksudnya penumpah darah atau algojo. Hal ini menyalahi hakikat dan realiti kerana dokumen-dokumen rasmi dan kajian-kajian sejarah pada akhir-akhir ini membuktikan kepalsuan propaganda tersebut. Barangkali sikapnya yang keras terhadap zionis Emanuel Karh Saw dan keengganannya bertolak ansur sedikitpun dalam masalah bumi Palestin dengan orang-orang Yahudi, dapat menjelaskan sebab propaganda sengit tersebut.
Kemudian anggota-anggota organisasi Persatuan menggantikannya dengan Sultan Muhammad Rashad sehingga melalui beliau, mereka dapat menguasai politik kerajaan yang baru dan mereka memegang tampuk kepimpinan sehingga mereka mempunyai pengaruh dalam kehidupan sosial dan mempu mendekatkannya selangkah demi selangkah kepada contoh kehidupan peradaban Eropah yang mereka kagumi.
Meskipun anggota-anggota organisasi Persatuan menyeru slogan-slogan seperti “kebebasan, persaudaraan dan persamaan”, akan tetapi sebenarnya mereka mengamalkan sistem kediktatoran merah berdarah dengan membunuh para penentang mereka di jalan-jalan dan menyeksa orang-orang yang ada tanda-tanda hendak menentang. Tidak cukup sekadar hal itu akan tetapi mereka juga mengiringi Kerajaan Uthmaniyah ke kancah Perang Dunia Pertama tanpa alasan sehingga pada akhirnya kerajaan tersebut hancur sehancur-hancurnya.
No Voice