Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 6
(1-144)
Para pemimpin organisasi Persatuan lari ke luar negara meninggalkan umat yang menderita akibat perang pemusnah yang menyebabkan negara berada di bawah genggaman tentera asing.
Setelah kemangkatan Sultan Muhammad Rashad iaitu ketika perang, dinobatkan Sultan Muhammad Wahiduddin yang membenci anggota-anggota Persatuan. Sultan ini dinobatkan ketika negara telah kalah dalam perang dan Inggeris, Yunani, Itali dan Armenia telah menguasai pelbagai daerah di kawasan Turki. Bahkan Istanbul sendiri berada di bawah jajahan British sehingga pada hakikatnya Sultan adalah tawanan Inggeris.
Demikianlah gambaran yang menyedihkan selepas perang. Dan sebalik itu, bangsa kalah yang menjadi porak-poranda kerana peperangan. Mereka menderita di bawah penaklukan para pengganas. Di dalam perasaan mereka ada luka yang dalam kerana kehilangan segala sesuatu yang mereka bangunkan dengan keringat, jihad dan aqidah mereka selama beberapa kurun waktu.
Di antara hal yang mengkagumkan ialah bahawa Badiuzzaman – semoga Allah merahmatinya, telah meramalkan terjadinya tragedi yang mengerikan ini. Beliau sering memperingatkan orang-orang yang berkenaan dan bertanggungjawab dari kalangan para Sultan dan penguasa, bahawa abad yang akan datang adalah “abad ilmu pengetahuan”. Oleh itu, sekolah-sekolah agama yang ada pada ketika itu yang hanya mengajarkan ilmu-ilmu agama sahaja, tidak dapat melahirkan generasi muda yang mampu menghadapi para pengagum berat peradaban Barat selama ilmu-ilmu tersebut tidak ditambah dengan ilmu-ilmu pengetahuan alam moden. Beliau telah memperingatkan di dalam banyak khutbah, majalah, karangan dan pertemuan peribadi serta lawatan beliau ke pelbagai kota dan desa. Semua itu untuk membangunkan umat dan orang-orang yang bertanggungjawab dari kelalaian yang telah lama dan dari tragedi yang bakal terjadi itu. Akan tetapi seruannya tidak didengar melainkan oleh telinga yang tuli dan hati yang tertutup, sehinggalah terjadinya tragedi itu.
Bangsa Turki tidak mempunyai apa-apa lagi selain keimanan yang kuat untuk menghadapi ribut taufan dan melindungi diri dari anak panah musuh dan senjata penjajah. Maka begitu seruan iman dan Islam menerpa ke lubuk hati bangsa ini; mereka segera bangkit mengerahkan sisa-sisa kekuatan dan potensinya dan mengambil keputusan untuk terjun ke dalam kancah peperangan media massa melawan para penyerang. Dan itulah yang disebut “Perang Kemerdekaan”.

No Voice