Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 7
(1-144)
Di sini kita melihat Ustadz Badiuzzaman – semoga Allah merahmatinya, berdiri di barisan paling depan dan parit yang pertama iaitu di Istanbul. Beliau tidak rela meninggalkannya ke tempat lain. Beliau menunaikan kewajipan sucinya melawan penjajah dengan sebaik-baiknya.
Dalam pada itu, Sultan Wahiduddin memberi isyarat untuk melakukan perang kemerdekaan. Besar kemungkinan beliaulah yang mempersiapkan para pemimpin peperangan tersebut melarikan diri secara rahsia ke Anatolia untuk memimpin bangsa yang beriman ini masuk ke kancah perang melawan penjajah.
Bangsa Turki telah siap untuk bekorban dengan segala yang mereka miliki demi aqidah dan kebebasannya. Mereka sama sekali tidak mahu menyerahkan tongkat kepimpinan kepada siapa saja yang mempunyai bau permusuhan terhadap Islam. Oleh sebab itu perang kemerdekaan adalah pertempuran yang dipimpin oleh akidah jihad di jalan Allah kerana memang di sana tidak ada fikrah lain yang mampu membangkitkan semangat dan menyatukan umat untuk memasuki peperangan sengit melawan tentera pelbagai negara di dalam kondisi yang sangat buruk.
Akan tetapi apabila kepimpinan berada di tangan Mustafa Kamal dan dia menjadi orang nombor satu di kerajaan, dia telah menghapuskan sistem Khalifah, menggantikan undang-undang syari’at dengan undang-undang Swiss, menyingkirkan para penentangnya di kalangan para pemimpin yang dahulu bersama dengannya, memaksa kehidupan ala Barat ke atas umat dan menjadikannya sebagai undang-undang serta menghukum dengan sekeras-kerasnya orang yang melanggarnya. Dia juga menggantikan huruf Arab dengan huruf Latin, menukarkan azan dengan azan berbahasa Turki dan perubahan-perubahan lain yang dasyat.
Di sini di persimpangan jalan yang amat berbahaya dalam kehidupan umat, dan di depan angin taufan rasaksa yang menggoyangkan kehidupan sosial, muncullah Badiuzzaman untuk memikul keprihatinan umat dan menunaikan kewajipan risalah dengan menazarkan diri dan kehidupannya dan setiap detik waktunya, jauh dari kumpulan politik dan majlis-majlisnya. Beliau tekun mengarang risalah-risalah an-Nur dan menyebarkannya di semua kalangan umat pada waktu yang sangat genting dan sukar untuk mempersiapkan masyarakat Islam seumpamanya yang penuh dengan vitaliti dan iman.
Kini kami mempersilakan pembaca yang budiman untuk menelaah sendiri usaha tokoh besar ini di dalam masalah da’wah yang paling agung iaitu da’wah Islam.

No Voice