Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 10
(1-144)
LANGKAH PERTAMANYA DALAM MENIMBA ILMU
Pada waktu itu sistem sekolah “al-Kuttab” (pengajian) di utara Anatolia memberikan hak membuka sekolah ilmiah agama kepada setiap murid yang lulus. Yuran para pelajar ditanggung oleh pengasas sekolah tersebut jika dia mampu. Jika tidak maka yuran dibayar dengan zakat dan sedekah kaum keluarga. Oleh kerana itu, para pelajar sekolah agama banyak yang pergi ke serata desa-desa untuk mengumpulkan zakat untuk membayar yuran sekolah tersebut. Akan tetapi Said tidak rela menerima zakat atau sedekah sehingga ketika kawan-kawannya pergi ke serata desa itu beliau tidak mahu turut serta. Hal ini melahirkan rasa kagum dan penghargaan dari orang-orang desa. Mereka lalu mengumpulkan bantuan kewangan dan menyerahkannya kepada beliau. Akan tetapi beliau menolaknya sehingga mereka menyerahkannya kepada abangnya, Mulla Abdullah.
Pada tahun 1888M beliau pergi ke Bitlis dan masuk ke sekolah Syaikh Amin Affandi. Baliau tidak lama di situ. Syaikh Amin tidak mahu mengajarnya kerana umurnya masih sangat muda. Syaikh Amin lalu menyerahkannya kepada orang lain. Hal ini membuatnya resah sehingga beliau menuju ke sekolah Mir Hasan Wali di Mukus dan kemudiannya ke sekolah Wasitan iaitu Kuwash. Selepas sebulan, beliau pergi bersama kawannya yang bernama Mulla Muhammad ke sekolah di daerah Bayazid, penguasaan Aghra. Di sinilah pelajaran agama asas bermula dalm kehidupan Said kerana sampai saat itu beliau tidak belajar melainkan ilmu nahu dan shoruf.
IJAZAH ILMIAHNYA
Di sekolah tersebut di bawah asuhan Syaikh Muhammad Jalali, Said menghabiskan masa selama tiga bulan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan intensif. Beliau membaca semua buku yang diajarkan di sekolah-sekolah agama. Dalam sehari beliau membaca 200 muka surat dari kitab-kitab matan yang sukar dan beliau memahaminya tanpa merujuk kepada keterangan dan nota kakinya.Pada masa itu beliau terputus hubungan dari dunia luar dan menghabiskan kebanyakan waktunya – terutama malam hari di samping kuburan penyair yang juga seorang wali, Ahmad Khani untuk membaca di bawah cahaya lilin. Setelah tiga bulan, beliau menerima ijazah ilmiahnya dari Syaikh Muhammad Jalali.
No Voice