Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 13
(1-144)
SAID DI KOTA WAN
Pada tahun 1849M Said pergi ke kota Wan atas undangan walikotanya Hasan Basha. Beliau menginap di rumah walikota kemudian di rumah Tahir Basha. Pada waktu itu Allah Ta’ala mentaqdirkan Said bertemu dengan beberapa ilmuan moden (dalam bidang geografi, kimia dan sebagainya). Ketika beliau berdiskusi dengan mereka, beliau merasa kerdil dalam ilmu-ilmu ini. Hal ini membuatkan beliau mempelajarinya dengan penuh minat sehingga beliau menguasainya dan mampu untuk mengarang serta berdiskusi dengan orang-orang yang pakar.Dalam waktu yang singkat beliau mampu mengusai matematik, falak, kimia, fizik, geologi, falsafah, sejarah dan sebagainya. Dan kerana kemampuan dan kecerdasannya yang luar biasa, beliau semakin terkenal dan digelar “Badiuzzaman”. (3)
BERITA YANG MENGEJUTKAN
Pada waktu itu ketika beliau berada di kota Wan, beliau membaca di dalam suaratkhabar tempatan sebuah berita yang sangat mengejutkan yang menggoncang seluruh tubuhnya. Berita itu memuatkan kata-kata menteri penjajahan Inggeris, Gold Stone di Dewan Rakyat Inggeris. Dia mengatakan kepada para hadirin sambil tangannya memegang Al-Qur’an, “Selagi Al-Qur’an ini di tangan kaum Muslimin, kita tidak boleh memerintah mereka. Maka tidak ada jalan lain bagi kita kecuali melenyapkan atau memutuskan hubungan kaum Muslimin dengannya.”Berita ini sangat mengejutkan Said sehingga beliau berjanji kepada dirinya sendiri untuk mengerahkan seluruh kehidupannya untuk menampakkan mu’jizat Al-Qur’an dan mempereratkan hubungan kaum Muslimin dengan kitab Allah. Beliau berkata, “Akan saya buktikan kepada dunia bahawa Al-Qur’an adalah matahari maknawi. Sinarnya tidak redup dan cahayanya tidak boleh dipadamkan.” (4)
Beliau lalu memutuskan untuk mendirikan universiti Islam di utara Anatolia dengan nama “Madrasah az-Zahrak” untuk berkhidmat kepada Al-Qur’an. Untuk merealisasikan ideanya ini, beliau pergi ke Istanbul dan tinggal di sana di rumah salah seorang kawannya selama satu setengah tahun untuk memahamkan para penguasa tentang ideanya itu. Akan tetapi nampaknya beliau tidak berhasil sehingga beliau kemudian pulang ke Wan.
No Voice