Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 11
(1-144)

KECERDASAN YANG LUAR BIASA

Pada tahun 1889M beliau pergi ke Bitlis dan menghadiri beberapa pelajaran Syaikh Muhammad Amin. Dari sana beliau menuju ke Kota Syairawan di mana abangnya, Mulla Abdullah tinggal. Lalu beliau pergi ke Si’rid iaitu ke skolah seorang ulama’ yang terkenal, Fathullah Affandi, yang menyoalnya, “Engkau telah membaca buku Suyuti[1] tahun lalu. Sudahkah engkau membaca buku al-Jami[2] tahun ini?”. Beliau menjawab, “Saya telah membaca semuanya.” Kemudian Syaikh Fathullah Affandi menyebut beberapa kitab dan Said menjawabnya dengan mengatakan bahawa beliau sudah membacanya secara lengkap. Syaikh Fathullah kagum terhadap Said sehingga beliau berkata kepadanya, “Pada tahun lalu engkau gila, apakah engkau masih gila sampai sekarang?” Ketika itulah Said melahirkan persediaannya untuk diuji dalam pelbagai masalah kitab-kitab tersebut. Dan memang benar, beliau tidak ragu-ragu menjawab sebarang pertanyaan, sehingga Syaikh kagum dan berkata, “ Bagus… Kecerdasanmu luar biasa, akan tetapi saya akan menguji kekuatan hafalanmu. Bolehkah engkau membaca beberapa baris dalam buku ini dua kali dan terus menghafalnya?” Beliau menyerahkan kitab “Maqamat al-Hariri” kepadanya. Said menerima kitab tersebut dan membaca satu muka surat kesemuanya dan ternyata beliau telah menghafalnya. Hal ini membuatkan Syaikh Fathullah bertambah kagum kepadanya sehingga beliau berkata kepadanya, “Sesungguhnya bertemu kecerdasan yang luar biasa dengan kekuatan menghafal yang luar biasa adalah amat jarang berlaku.”

Kemudian di tempat itu Said membaca kitab usul fiqh “Jam’ al-Jawami” karangan Subki selama satu atau dua jam sehari selama satu minggu dan beliau menghafalnya. Menyaksikan hal itu Syaikh Fathullah Affandi menulis di kulit kitab tersebut “Beliau telah menghafal seluruh “Jam’ al-Jawami” dalam masa satu Jumaat”. (2)
-------------------------------------------
[1] Maksudnya Syarah Alfiyah Ibn Malik karangan Suyuti.

[2] Buku terkenal dalam ilmu nahwu.
No Voice