Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 14
(1-144)
KE ISTANBUL SEKALI LAGI
Pada tahun 1907M beliau kembali lagi ke Istanbul. Beliau tinggal di Khan Shajarki[1] di daerah Fatih.[2] Kahn Shajarki adalah tempat tinggal bagi ramai pemikir dan sasterawan seperti penyair terkenal Muhammad Akif,[3] pengarah penyelidikan Ustadz Fatih, pengajar bahasa yang mahsyur Ustadz Jalal dan lainnya.
Dan ketika tinggal di Istanbul, Said menggantungkan tulisan di pintu kamarnya berbunyi, “Di sini semua pertanyaan akan dijawab, semua permasalahan rumit akan diselesaikan tanpa bertanya kepada seorang manusia pun.”[4]
Ini adalah iklan aneh dan pengakuan yang menghairankan yang menambahkan popularitinya dan membuatkan ramai orang ingin berjumpa dengannya. Mengingatkan kembali kenangan mengenai hal ini, saudara Hasan Fahmi Basha Oghlu[5] menulis (5), “Ketika seorang pemuda yang digelar “Badiuzzaman” datang ke Istanbul, saya masih belajar di madrasah Fatih. Saya mendengar bahawa dia menggantungkan tulisan di pintu biliknya yang berbunyi, “Di sini setiap permasalahan yang rumit akan diselesaikan, setiap pertanyaan akan dijawab”, akan tetapi dia tidak bertanya kepada sesiapapun.” Terfikir olehku bahawa orang yang mengaku sedemikian adalah orang gila. Akan tetapi para pelajar dan ulama’ yang datang mengunjunginya selalu memujinya sehingga membuatkan aku juga ingin mengunjunginya. Saya lalu memilih permasalahan yang paling rumit dan paling sukar untuk diajukan kepadanya. Saya waktu itu termasuk pelajar yang paling cemerlang di sekolah.
Akhirnya, pada satu malam saya membuka salah satu buku tentang ketuhanan dan memilih beberapa tajuk rumit yang tidak mungkin dijawab kecuali dengan beberapa jilid buku.
Keesokan harinya, saya pergi mengunjunginya dan mengajukan pertanyaan-pertanyaan saya kepadanya. Jawapannya sungguh mengkagumkan dan luar biasa. Dia menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut seolah-olah bersama saya kelmarin melihat buku tersebut. Saya jadi yakin dan pasti bahawa ilmunya bukan kasbi ( diperoleh dengan usaha ) seperti ilmu kita, akan tetapi ilmunya adalah ilmu laduni ( anugerah Allah ).”
Said juga dikunjungi oleh seorang ulama’ yang bernama Hasan Affandi yang menghabiskan umurnya untuk mengajar dan tidak pernah ponteng mengajar kecuali sehari sahaja iaitu pada hari dia mengunjungi Badiuzzaman Said nursi. Keesekoan harinya setelah mengunjungi Said dia berkata kepada murid-muridnya, “Saya tidak pernah menyaksikan orang seumpamanya ( Said ). Dia adalah makhluk langka. Tidak akan ada lagi orang sepertinya.” (6)
-----------------------------------------------------------------------------
[1] Khan adalah hotel yang dahulu ada di kota-kota atau di pertengahan jalan antara kota-kota.
[2] Dihubungkan kepada masjid jami’ terkenal yang dibangunkan oelh seorang pemimpin Muslim iaitu Muhammad al-Fatih, pembuka Constantinople ( Istanbul ).
[3] Penyair Islam yang paling fasih di Turki ( 1873 – 1936M ). Beliau menjadi anggota di Dar al-Hikmah al-Islamiyyah. Beberapa lembar puisinya terkenal dan beliau mencipta nasyid kemerdekaan.
[4] Tidak pernah dilihat beliau menanyakan sesuatu kepada orang lain sepanjang hayatnya kerana beliau pernah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w. pada waktu kanak-kanak. ( Dari Bilinmeyen Taraflariyle Bediuzzaman Said Nursi, ms. 52 )
[5] Kemudiannya beliau menjadi anggota dalam majlis permusyawaratan urusan agama seperti kementerian wakaf di negara-negara Arab.
No Voice