Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 15
(1-144)
Di Istanbul, Said Nursi mengajukan permohonan kepada Sultan Abdul Hamid untuk membuka sekolah-sekolah yang mengajarkan ilmu-ilmu matematik, fizik, kimia dan sebagainya, di samping sekolah-sekolah agama di utara Anatolia yang penduduknya masih ramai yang bodoh dan miskin.

Said menghadap Sultan. Ketika pertemuannya dengan Sultan, beliau mengkritik kediktatoran, sistem keamanan dan polis istana Yeldezr,[1] sehingga hal ini membuatkan para pengiring Sultan marah yang sebenarnya tidak menggambarkan kebijaksanaan Sultan sendiri. Mereka lalu mengajukannya ke mahkamah tentera.[2]

Di dalam mahkamah tersebut, Said berkata dengan berani dan lantang sehingga ketua mahkamah menyuruh untuk membawanya kepada doktor jiwa. Para doktor yang terdiri dari doktor Turki, Armenia, Rumawi dan dua doktor Yahudi memutuskan untuk mengurungnya di rumah sakit jiwa Tub Tash.

TUDUHAN PERTAMA DI DALAM MAHKAMAH PERTAMA

Ketika salah seorang doktor datang untuk memeriksa akalnya, Said Nursi berkata kepadanya dengan kata-kata yang membuat hati doktor itu teras sehingga dalam laporannya dia menulis, “Jika ada sebiji atom kegilaan pada diri Badiuzzaman, maka ertinya di atas muka bumi ini tidak ada seorangpun yang berakal.”

Laporan tersebut dikirimkan Badiuzzaman ke jabatan dalam negeri. Maka menteri dalam negeri menemuinya dan terjadilah dialog seperti berikut:

Menteri: “Sultan kirim salam untukmu dan akan memberimu gaji 1000 Kurush. Dan apabila kamu kembali ke desamu, beliau akan memberimu gaji 3000 lira. Beliau juga mengirim 8000 lira sebagai hadiah untukmu.”

Badiuzzaman: “Saya tidak pernah mengemis upah. Saya sekali-kali tidak akan menerimanya walaupun sebanyak 1000 lira kerana saya datang bukan kerana kepentingan peribadi akan tetapi untuk kepentingan negara. Apa yang engkau tawarkan adalah wang sogokan supaya menutup mulut.”

Menteri: “Jika begitu kamu telah menolak kehendak Sultan padahal kehendaknya tidak boleh ditolak.”

[1] Yeldezr adalah istana yang didiami Sultan Abdul hamid ath-Thani. Di sana baginda mengatur urusan negara.

[2] Said Nursi menyebut Sultan Abdul Hamid sebagai “Sultan yang teraniaya” dan beliau menyifatkan dirinya sebagai wali Allah dan khalifah kaum muslimin. ( Lihat Son Sahitler, ms. 219 )
No Voice