Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 17
(1-144)
PENGERTIAN KEBEBASAN
Ketika Peraturan Kedua[1] diumumkan di kerajaan Uthmaniah pada 23 Julai 1908M, Said mengerahkan seluruh tenaganya untuk menyampaikan khutbah dan menulis majalah-majalah untuk menerangkan pengertian kebebasan di dalam Islam dan pengaruh Islam di dalam kehidupan politik dan untuk menuntut diperakukan syari’at Islam serta memperingatkan salah tafsir terhadap erti kebebasan. Beliau melakukan semua itu kerana merasakan adanya usaha-usaha jahat dan tangan-tangan tersembunyi untuk memperalatkan peraturan tersebut demi kepentingan yang bertentangan dengan Islam. Beliau antara lain berkata, “Wahai anak-anak bangsaku! Janganlah menyalah tafsirkan erti kebebasan supaya ia tidak terlepas dari tanganmu. Janganlah kamu menuangkan perhambaan yang menjijikkan ke dalam wadah yang gemerlapan lalu memberikannya kepada kami untuk meminumnya. Sesungguhnya kebebasan itu tidak akan direalisasikan dan tidak akan berkembang melainkan dengan menerapkan hukum-hukum syari’at dan memelihara adab-adabnya.”
PERTEMUAN DENGAN SYAIKH AZHAR
Ketika itu Syaikh Azhar Mesir iaitu Syaikh Bakhyat Muti’i[2] berkunjung ke Istanbul. Ulama’ Istanbul yang tidak mampu mengalahkan Said Nursi mahu supaya Syaikh tersebut mengadakan debat dengan Said. Syaikh Bakhyat menggunakan cadangan itu dan dia menggunakan kesempatan berada di salah sebuah warung kopi dekat masjid Aya Sofya setelah maghrib untuk memulai perbincangan dengan Said di depan para ulama’. Dia mengemukakan pertanyaan berikut, “Apa pendapatmu mengenai kebebasan yang wujud sekarang di kerajaan Uthmaniah? Dan apa pendapatmu tentang peradaban Eropah?” Jawab Said, “Kerajaan Uthmaniah sekarang mengandungkan janin Eropa dan suatu hari nanti akan melahirkan.” Mendengar jawapan ringkas lagi mendalam itu Syaikh Bakhyat tidak mampu berbuat apa-apa selain berkata, “Saya setuju dengan kata-katanya. Saya sendiri juga mempunyai pendapat yang sama. Saya tidak mampu berdebat dan berdiskusi dengan pemuda seperti ini.” (10)
Dan pada 5 April 1909M terbentuklah organisasi Persatuan al-Muhammadi di Istanbul. Pendiriannya diumukan setelah satu pertemuan agama di masjid Aya Sofya di mana Badiuzzaman menyampaikan khutbah yang mengkagumkan. Beliau tidak termasuk sebagai pengasasnya akan tetapi beliau adalah orang yang menyeru dan mendukungnya.
------------------------------------------------
[1] Peraturan yang mengharuskan pengumuman undang-undang dan pemilihan wakil rakyat di mana kementerian bertanggungjawab ke atasnya.
[2] Beliau adalah Syaikh Muhammad Bakhyat bin Husein al-Muti’I al-Hanafi Mufti dan ahli fiqih Mesir. Beliau dilahirkan di desa al-Muti’ah, kekuasaan Asyut. Beliau belajar di al-Azhar lalu mengajar di sana. Beliau pindah pada pengadilan agama pada 1297H dan menjalinkan hubungan dengan Sayyid Jamaluddin al-Afghani, kemudian beliau dilantik sebagai Mufti Mesir pada 1333H hingga 1339H. Beliau menulis buku-buku bermutu. Wafat pada 1354H. (Lihat al-A’lam karangan az-Zarkali, jilid 6, ms. 274)

No Voice