Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 20
(1-144)
MENUJU SYAM
Pada musim dingin tahun 1911M ( 1327H ) beliau mengunjungi kota Syam di mana saudara perempuannya tinggal di sana. Beliau menyampaikan khutbahnya dan menyeru para ulama’ dan para jema’ah dalam bahasa Arab di masjid umawi di Damaskus. Khutbah tersebut telah dicetak dengan tajuk “al-Khutbah asy-Syamiyah”[1] yang berisi huraian tentang penyakit umat dan terapinya yang antara lain sebagai berikut:
1. Rasa putus asa masih hidup di dalam diri kita.
2. Matinya kejujuran di dalam kehidupan sosial dan politik kita.
3. Suka permusuhan.
4. Melalaikan ikatan kejiwaan yang mengikat sebahagian kaum mukminin dengan sebahagian yang lain.
5. Berleluasanya kediktatoran seperti penyakit menular.
6. Mengerahkan himmah untuk kepentingan individu tanpa memperhatikan kemasyalatan umum.
Lalu beliau menerangkan tentang terapi penyakit tersebut satu persatu yang antara lain dimulainya dengan “al-amal” ( harapan ).
Kemudian dari Damaskus beliau menuju ke Beirut dan kembali semula ke Istanbul melalui jalan laut untuk berusaha sekali lagi merealisasikan ideanya mendirikan Universiti az-Zahrak. Beliau menemui Sultan Muhammad Rashad dan mengiringinya bersiar-siar ke Rumlai. (14)
Beliau menagih janji Sultan dan organisasi Persatuan dan Kemajuan untuk membuka wisma seni Islam ( seperti universiti Islam ) di timur akan tetapi Perang Dunia Pertama memusnahkan projek itu. (15)
BADIUZZAMAN SEBAGAI PEMIMPIN DAN MUFTI
Pada tahun 1912M menjelang terjadinya perang Balkan, Badiuzzaman dilantik sebagai pemimpin Angkatan Penebusan yang terdiri dari sukarelawan Muslimin yang datang dari utara Anatolia.
Sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama, Badiuzzaman telah menjadi anggota Pasukan Khusus iaitu sebuah yayasan politik, tentera dan keamanan rahsia yang dibentuk atas perintah Sultan. Tugasnya ialah menjaga kesatuan daerah kesultanan dan memerangi musuh-musuhnya.
[1]Khutbah tersebut dalam bahasa Arab telah dicetak beberapa kali. Ustadz menterjemahkannya sendiri ke dalam bahasa Turki dan menambahnya dengan beberapa tambahan. Dan Ustadz Muhammad Said Ramadhan al-Buthi menterjemahkan secara ringkas khutbah tersebut sebagaimana Ustadz Asim al-Husaini mentrjemahkannya secara lengkap dari teks Turki dan diterbitkan di Beirut pada 1974M. Teks di atas adalah nukilan terjemahan terakhir ini.

No Voice