Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 19
(1-144)
PENGADILAN
Said Nursi adalah salah seorang yang diajukan ke tiang gantung. Padahal peranan Badiuzzaman Said Nursi dalam peristiwa tersebut adalah sebagai pengaman. Beliau menasihati para tentera untuk kembali ke pengkalan dan mentaati komandan mereka. Beliau telah beberapa kali berkhutbah di hadapan tentera mengenai hal itu akan tetapi nampaknya mahkamah menuduhnya kerana beliau menulis di suratkhabar Vulcan (bermaksud gunung berapi) yang menyiarkan usul-usul sengit menentang organisasi Persatuan dan Kemajuan.
Di dalam mahkamah pemandangan lima belas mayat yang digantung nampak melalui celah-celah tingkap; hakim tentera Khurshid Basha mulai mengadili Badiuzzaman. Katanya, “Kamu juga menyeru penerapan syari’ah? Orang yang menuntut diperakukan syari’ah akan digantung seperti mereka.” ( sambil menunjuk kepada orang-orang yang digantung ).
Badiuzzaman terus bangun dan mengeluarkan kata-kata menakjubkan di depan mahkamah. Nukilannya antara lain adalah seperti berikut, “Jika saya mempunyai seribu nyawa, saya tidak akan ragu-ragu untuk menjadikannya sebagai tebusan satu hakikat daripada hakikat-hakikat Islam. Telah saya katakan bahawa saya ini adalah penimba ilmu, maka saya menimbang segala sesuatu dengan timbangan syari'at. Saya tidak mengakui selain agama Islam. Saya katakan hal ini kepada kalian sedang saya berdiri depan alam barzakh yang kalian sebut sebagai “penjara" sambil menunggu keretapi yang akan membawaku ke akhirat. Bukan untuk kalian yang mendengar ini sahaja tapi untuk seluruh dunia. Ketahuilah, telah tiba waktunya segala isi hati dibuka dan ditonjolkan, maka barangsiapa tidak dihalang, janganlah dia melihat kepadanya.
Sesungguhnya saya sangat rindu untuk datang ke akhirat. Saya siap pergi bersama mereka yang telah digantung. Bayangkan seorang Badwi desa yang mendengar tentang keajaiban dan keindahan Istanbul, pasti dia akan merinduinya. Saya persis seperti Badwi tersebut dalam kerinduan terhadap akhirat. Sesungguhnya pengasingan saya ke sana bukanlah hukuman. Jika kalian mampu, maka hukumlah saya dengan hukuman perasaan,. Mahkamah ini telah memusuhi akal pada hari-hari kediktatoran, maka hiduplah orang-orang gila, hiduplah kematian dan untuk orang-orang yang zalim hiduplah neraka Jahannam…”
Dalam satu sidang sahaja dikeluarkan keputusan pembebasan Badiuzzaman dari mahkamah menakutkan yang telah menggantung puluhan orang itu. (12)
Setelah pembebasan Badiuzzaman dari mahkamah tentera, beliau meninggalkan kota Istanbul menuju ke Wan pada 1910M melalui jalan pesisir laut hitam. Beliau menyampaikan pelajaran dan kuliah-kuliahnya kepada kabilah-kabilah dan puak-puak yang dilaluinya. Beliau mengajar mereka dengan perkara agama dan menunjukkan kepada mereka perkara yang hak.
Dan di sana beliau mengarang bukunya “al-Munadharat” (13) yang dicetak di Istanbul pada 1913M.

No Voice