Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 18
(1-144)
PERISTIWA 31 MAC 1325 ROMAWI
Ramai orang menulis tentang peristiwa ini dan menganalisis sebab-sebabnya. Orang-orang yang menulis selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid merujukkan sebabnya kepada Sultan Abdul Hamid dan mereka menganggapnya sebagai suatu usaha penggulingan yang dirancang oleh Sultan untuk melenyapkan organisasi Persatuan dan Kemajuan.
Akan tetapi buku sejarah yang lahir pada akhir-akhir ini setelah munculnya dokumen dan catatan peribadi orang-orang yang hidup pada masa pergerakan itu, menafikan tuduhan tersebut dan membuka sebab yang sebenarnya peristiwa berdarah itu. Buku-buku tersebut justeru menuduh Persatuan dan Kemajuanlah yang merancang dan memperalatkannya untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid.
Yang kuat adalah pendapat yang mengatakan bahawa peristiwa itu terjadi kerana beberapa sebab yang saling berkaitan antara lain: rakyat merasakan bahawa organisasi Persatuan dan Kemajuan telah jauh dari agama dan malah menjalinkan hubungan yang erat dengan Masuni dan Yahudi, dan bahawa organisasi Persatuan dan Kemajuan telah membuat suasana yang menakutkan di dalam kerajaan dengan pembunuhan Hasan Fahmi Bik, editor suratkhabar Sarbasti yang telah menyerang organisasi tersebut dengan usul-usul sengit. Dia dibunuh di atas jambatan Ghaltah dan pembunuhnya tidak diketahui. Ismail Mahir Basha juga turut dibunuh. Di dalam kerajaan juga tersebar isu bahawa pegawai yang naik pangkat kerana pengabdian panjang dalam tentera akan disingkirkan sehingga yang tinggal hanyalah mereka yang berkelulusan fakulti ketenteraan sahaja dan isu bahawa organisasi Persatuan dan Kemajuan telah menjual Bosnia dan Herzegovina serta kepulauan Crete dari wilayah Balkan.
Dalam suasana yang sengit dan panas terhadap organisasi Persatuan dan Kemajuan ini terjadilah peristiwa tersebut. Para tentera yang diutus oleh anggota-anggota Persatuan dari kota Salonique ke Istanbul untuk menjaga Persatuan Sultan membelot di Tash Qashlah. Mereka menangkap komandan-komandan mereka di sana dan berkumpul pada pertengahan malam 31 Mac 1325 Romawi bertepatan dengan tarikh 31 April 1909M di perkarangan rumah Sultan Ahmad. Ramai tentera dari pasukan-pasukan lain bergabung dengan mereka dengan mengumumkan pembelotan mereka selama sebelas hari. Beberapa korban berlaku. Suasana tembak-menembak berlangsung sengit. Para tentera berteriak, “Kami mahu syari’at… Kami mahu syari’at…”
Peristiwa tersebut berakhir dengan datangnya tentera pergerakan ke Istanbul pada 23 April. Mereka dapat menguasai keadaan dan menyingkirkan Sultan Abdul Hamid pada tanggal 27 April 1909M. (11) Mereka mengumumkan hukum perang dan membentuk mahkamah tentera untuk mengadili orang-orang yang bertanggungjawab atas peristiwa tersebut.

No Voice