Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 21
(1-144)
Di antara anggota-anggotanya ialah para penulis dan pemikir. Badiuzzaman adalah anggota yang paling bersemangat dalam bahagian “Persatuan Islam” di dalam yayasan ini.
Panitia yang tediri dari para ulama’ anggota yayasan ini telah mengeluarkan fatwa jihad. Mereka adalah:
1. Syaikh Islam Khairi Affandi
2. Syaikh Sanusi ( Penasihat wilayah timur )
3. Hamdi Yazar
4. Muhammad As’ad Affandi
5. Badiuzzaman Said Nursi
Yang menulis fatwa adalah Muhammad As’ad Affandi. Meskipun Badiuzzaman termasuk pendukung perdamaian dan penentang peperangan akan tetapi ketika perang tercetus dan kerajaan Uthmaniah menganggotainya, beliau segera mengangkat senjata menuju ke medan perang. Pasukan Khusus memanfaatkan segala potensi yang ada untuk menyebarkan fatwa jihad ke seluruh pelusuk kerajaan Uthmaniah dan seluruh kerajaan Islam yang dikuasai oleh orang asing. Fatwa tersebut dicetak dalam berbagai bahasa kaum Muslimin.
Setelah menyertai pengeluaran fatwa jihad, Badiuzzaman kembali ke Wan. Di sana beliau membentuk beberapa pasukan jihad yang terdiri dari murid-muridnya dan Para sukarelawan lainnya. Mereka kemudiannya memulakan latihan perang. Kata Badiuzzaman kepada murid-muridnya, “Bersiap-siaplah kalian. Sesungguhnya kegoncangan hebat sudah di ambang pintu.”
Murid-murid Badiuzzaman terkenal dengan ketelitian dan keberaniannya sehingga kumpulan Armenia yang bergabung dengan tentera Rusia takut berhadapan dengan para mujahidin tersebut. (16)
DALAM PERANG DUNIA PERTAMA
Pertempuran berdarah meletus di medan Caucus pada Perang dunia Pertama. Rusia berusaha bergerak menuju ke Istanbul. Pada 16 Februari 1916M, tentera Rusia yang berjumlah tiga kali ganda tentera Uthmaniah mampu memasuki kota Erzurum.
Dalam pertempuran ini Said Nursi berjuang bersama murid-muridnya melawan Rusia dengan segenap kemampuan mereka. Dalam pertempuran ini pula diparit-parit medan perang, Said Nursi mengarang buku “ Isyarat al-‘Ijaz fi Madhan al-Ijaz ” dalam bahasa Arab. Beliau menyampaikannya kepada muridnya yang bernama Mulla Habib.
Ketika tentera Rusia memasuki kota Bitlis, Said Nursi dan murid-muridnya mempertahankan kota tersebut dengan keberanian yang luar biasa. Pertempuran sengit terjadi di jalan-jalan dan pelosok-pelosok kota. Akan tetapi angkatan tentera Rusia lebih unggul daripada angkatan kecil pembela tanah air tersebut.
Dalam pertempuran ini Said luka parah. Beliau terjatuh ke dalam danau di bawah sebuah jambatan bersama seorang muridnya. Beliau pengsan selama tiga puluh jam kerana banyak darah yang mengalir dari tubuhnya. Ketika muridnya tahu bahawa darah yang terus-menerus mengalir dan hawa yang dingin akan membawa maut kepada ustadznya, maka dia pergi menyampaikan perkara tersebut kepada tentera Rusia.
Demikianlah Said Nursi ditawan oleh Rusia. Beliau dihantarkan ke sebuah kem di Qustarma di timur Rusia. (17)

No Voice