Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 22
(1-144)
KEGAGAHAN SEORANG TAWANAN MUKMIN
Di sana beliau diadili ke mahakamah perang dengan tuduhan menghina Kaiser dan tentera Rusia. Ceritanya adalah seperti berikut:
Waktu itu, bapa saudara Kaiser yang menjadi komandan umum tentera Rusia, Nicolai Nicolafij, mengunjungi kem tahanan. Semua orang berdiri menghormatinya kecuali Said Nursi. Komandan itu memperhatikan hal tersebut lalu dia datang semula dan lalu di hadapan Said Nursi sekali lagi. Akan tetapi beliau tetap tidak berdiri menghormatinya. Pada kali ketiga komandan berdiri di hadapan beliau dan terjadilah dialog mengagumkan di antara keduanya dengan perantaraan penterjemah seperti berikut:
- Nampaknya kamu belum kenal siapa aku?
- Tidak. Saya kenal siapa kamu. Kamu ialah Nicolai Nicolafij, bapa saudara Kaiser dan komandan umum di medan Caucus.
- Jadi mengapa kamu menghinaku?
- Tidak. Saya tidak menghina sesiapapun. Saya melaksanakan perintah aqidahku.
- Apa yang diperintahkan oleh aqidahmu?
- Saya adalah ulama’ Islam. Saya membawa iman di dalam hati saya. Orang yang di dalam hatinya membawa iman adalah lebih baik dari orang yang tidak beriman. Kalau saya berdiri menghormatimu nescaya saya tidak menghormati aqidah dan keyakinanku. Jadi saya tidak berdiri dan menghormatimu.
- Dengan mengatakan saya tidak beriman beerti kamu telah menghinaku, menghina tenteraku, bangsaku dan juga Kaiser. Mahkamah tentera harus dibentuk untuk mengadili perkara ini!
Akhirnya mahkamah pun ditubuhkan dan Said Nursi diadili ke mahkamah tersebut dengan tuduhan menghina Kaiser Rusia dan bangsa serta tenteranya. Suasana di pos tahanan diliputi dengan kesedihan. Said dikelilingi oleh para tawanan lain dari Turki, Jerman dan Austria. Mereka memintanya supaya memohon ampun dari Kaiser Rusia. Akan tetapi beliau menolaknya dengan tegas. Beliau berkata, “Saya suka pergi ke akhirat dan berdiri depan Rasulullah s.a.w. Jadi saya hanya memiliki pasport ke akhirat. Saya tidak akan berbuat sesuatu yang menyalahi imanku.”
Mahkamah membuat keputusan menghukum Said hingga mati. Pada hari perlaksanaan hukuman, beberapa perajurit yang diketuai oleh seorang komandan Rusia datang untuk mengambilnya dari tempat hukuman. Said Nursi bangun dari tempatnya dengan gembira sambil berkata kepada komandan tersebut, “Saya harap kamu membiarkan saya sebentar untuk menunaikan kewajipan terakhir saya.” Lalu beliau berwudu’ dan solat doa raka’at.
Setelah solat komandan umum datang kepadanya dan berkata, “ Saya meminta maaf kepadamu. Dahulu saya anggap bahawa kamu melakukan perkara itu untuk menghinaku. Sekarang saya yakin bahawa kamu melakukan apa yang diperintahkan oleh aqidahmu dan imanmu. Oleh kerana itu, keputusan mahkamah telah saya batalkan. Dan saya mengucapkan selamat atas ketabahanmu dalam memelihara aqidahmu. Sekali lagi saya meminta maaf.” (18)

No Voice