Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 25
(1-144)
Akan tetapi selang beberapa hari beliau mengutusiku lagi untuk memanggil pengarah percetakan tersebut. Kali ini beliau berkata kepada pengarah, “ Saya memohon engkau menulis di atas buku-buku saya bahawa ia dibahagi-bahagikan kepada umat Islam secara menyeluruh.” Ketika pengarah itu keluar, saya merasakan bahawa ikatan batin yang saya alami dengan bapa saudaraku yang besar ini telah goyah. Saya tidak mampu menahan perasaan untuk tidak menangis. Saya berkata kepada beliau, “Wahai bapa saudaraku! Saya menyimpan wang-wang itu untuk membangunkan rumah kita yang telah dimusnahkan oleh peperangan akan tetapi sekarang engkau telah menghancurkan harapan itu. Bolehkah itu?” Bapa saudaraku tersenyum kepadaku seraya berkata, “Hai anak saudaraku..Abdurrahman! Pemerintah memberi gaji besar kepadaku sedang aku tidak berhak mengambilnya kecuali sekadar untuk keperluan kita. Baki yang selebihnya itu harus dikembalikan kepada baitul mal. Maka saya telah mengembalikannya kepada kaum Muslimin. Saya yakin engkau belum memahaminya, akan tetapi saya tahu bahawa jika Allah mengkehendakinya, Dia pasti memberimu rumah di mana sahaja di tanah air yang tercinta ini.” (20)
PERINGATAN KESEDARAN
Ketika musibah dan kekalahan teruk terus-menerus menimpa kerajaan Uthmaniah dan tentera penjajah memasuki Turki serta Perjanjian Cifer diadakan, Said Nursi merasakan luka ini seolah-olah ditujukan kepada hatinya. “Saya merasaka pukulan-pukulan yang ditujukan kepada dunia Islam itu seolah-olah ditujukan kepada hatiku yang paling dalam.” (21)
Dan beliau menulis tentang kehidupannya pada masa itu, “Setelah pulang dari tawanan saya tinggal bersama anak saudaraku, Abdurrahman, di sebuah rumah mewah di atas puncak Jamlijah di Istanbul. Boleh dikatakan bahawa kehidupan saya pada masa itu dari segi keduniaan adalah kehidupan yang ideal. Kerana demikian saya telah terselamat dari tawanan, alat-alat penerbitan terbuka bagiku di Dar al-Hikmah al-Islamiyyah sesuai dengan tugas ilmiahku dan populariti yang telah kumiliki padahal saya tidak layak memilikinya. Saya tinggal di daerah yang paling indah di Istanbul iaitu Jamlijah dan segala sesuatu yang kukehendaki, kerana anak saudaraku Abdurrahman – semoga Allah merahmatinya, tinggal bersamaku. Dia adalah seorang yang sangat cerdik dan pintar. Dia adalah seorang murid yang sedia berkorban, seorang pembantu sekaligus seorang penulis sehingga saya menganggapnya sebagai anak sendiri secara maknawi.

No Voice