Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 27
(1-144)
Setelah kerajaan Uthmaniah runtuh dan porak-peranda, timbul keinginan pada sebahagian orang-orang terpelajar Kurdis untuk mendirikan kerajaan Kurdis di wilayah-wilayah timur Turki. Dan kerana Said berketurunan Kurdis dan mempunyai kedudukan tinggi di kalangan para penduduk wilayah timur, maka salah seorang wartawan menulis surat kepadanya memintanya supaya bergabung dengan orang-orang yang menyeru pembentukan kerajaan tersebut. Said Nursi menjawabnya dengan surat panjang yang isinya antara lain: “Wahai Rif’at Bik, saya akan bersama engkau jika engkau berusaha menghidupkan kerajaan Uthmaniah. Saya bersedia mengorbankan diri saya untuknya. Tapi kalau hanya untuk mendirikan kerajaan Kurdis, saya tidak mahu!”
Beliau juga mendapat usul dan permintaan yang sama dari Abdul Kadir, pemimpin organisasi Ta’ala al-akrad akan tetapi jawapan beliau sama iaitu menolaknya.(25)

FATWA
Gerakan menentang penjajah asing bermula di Anatolia. Di bawah tekanan penjajah Inggeris, Syaikh Islam Abdullah Affandi mengeluarkan fatwa menentang gerakan ini dan orang-orang yang melakukannya. Tetapi dengan pantas, bangkitlah tujuh puluh enam mufti bersama tiga puluh enam ulama’ serta sebelas wakil rakyat memberi fatwa yang berlawanan. Justeru, mereka mendukung gerakan tersebut dan mengobarkan semangat untuk memerangi penjajah. Badiuzzaman adalah salah seorang ulama tersebut. Baliau berkata, “Fatwa yang dikeluarkan majlis adalah di bawah tekanan Inggeris dan kehendak mereka. Ia sama sekali tidak benar dan tidak boleh ditaati. Yang demikian itu kerana orang-orang yang melawan penaklukan musuh tidak boleh dikatakan orang-orang yang tidak taat. Oleh kerana itu fatwa tersebut haruslah ditarik semula.” (26)

BERSAMA MUSTAFA KAMAL
Kerana Badiuzzaman terkenal dengan permusuhannya terhadap para penjajah, maka beliau diundang ke Ankara - pusat gerakan perlawanan oleh Mustafa Kamal supaya bergabung dengan mereka. Akan tetapi beliau menolak undangan tersebut dan berkata, “Saya ingin berjihad di temapt paling membahayakan dan bukan di belakang parit. Saya berpendapat bahawa tempat saya ini adalah lebih berbahaya daripada Anatolia.” (27)
Akan tetapi undangan demi undangan selalu datang kepada beliau sehingga beliau mengutus beberapa muridnya ke Ankara, kemudian beliau sendiri datang ke sana pada 1922M menjelang Aidil Adha. Beliau di sambut dengan sangat meriah di Setasiun. Akan tetapi beliau tidak suka berada di Ankara kerana kebanyakkan wakil rakyat tidak mendirikan sembahyang dan tingkah-laku mereka serta tindakan-tindakan Mustafa Kamal yang memusuhi Islam juga membuatnya amat sedih. Oleh kerana itu beliau memutuskan untuk mencetak keterangan pada 19 Januari 1923M yang mengandungi sepuluh hal yang ditujukan kepada wakil rakyat untuk menasihati dan mengingatkan mereka akan Islam. Beliau memulakannya dengan kata-kata, “Wahai para utusan, sungguh kalian akan dibangkitkan di Hari kiamat kelak.”
No Voice