Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 30
(1-144)
PEMBERONTAKAN SYAIKH SAID BIRAN
Sebuah pemberontakan meletus di wilayah timur Turki di bawah pimpinan Syaikh Said Biran, seorang pemimpin yang menonjol di kalangan kaum Kurdis. Pemberontakan ini ditujukan untuk melawan politik Mustafa Kamal yang membangkitkan kemarahan rakyat kerana sikapnya yang memusuhi Islam.
Menjelang terjadinya pemberontakan, Syaikh Said Biran mengirim beberapa surat kepada Said Nursi memintanya bergabung dengannya dalam pemberontakan menentang pemerintahan Ankara. Akan tetapi beliau menolak kerana beliau tidak mahu menumpahkan darah kaum Muslimim yang bebas di dalam pergerakan yang tidak ada harapannya.
Berikut ini catatan dialog antara beliau dan Husein Basha salah seorang pemimpin kaum Kurdis:
Husein Basah: Saya ingin minta pendapatmu dalam satu perkara. Tenteraku telah siap sedia dan kuda-kudapun ada. Demikian pula senjata dan harta benda. Saya menunggu perintahmu.
Said Nursi: Apa yang kamu katakan? Apa niatmu? Siapa yang akan engkau perangi?
Husein Basha: Kami akan memerangi Mustafa Kamal.
Said Nursi: Siapa tentera Mustafa Kamal?
Husein Basha: Apa katamu.. mereka ada tentera?!
Said Nursi: Tenteranya adalah penduduk kerajaan ini. Mereka adalah kaum kerabatmu dan kerabatku. Jadi siapa yang engkau bunuh? Dan siapa pula yang akan mereka bunuh? Befikirlah… dan fahamilah! Kamu hendak seorang saudara membunuh saudaranya!
Husein Basha: Mati adalah lebih baik daripada kehidupan seperti ini.
Said Nursi: Apa dosa kehidupan ini? Jika engkau bosan dengan kehidupanmu maka apakah dosa kaum Muslimin yang lemah ini?
Hesuin Basha: (Bingung) Engkau telah memusnahkan himmah dan keinginanku. Saya tidak tahu bagaimana saya akan menemui kaumku yang tengah menunggu kepulanganku. Mereka akan menyangka saya adalah pengecut. Saya telah mensia-siakan harga diriku di antara kaumku.
Said Nursi: Bagaimana jika harga dirimu kosong di kalangan manusia tetapi engkau diterima di sisi Allah Ta’ala?

No Voice