Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 31
(1-144)
Ketika Husein Basha mengatakan kepada beliau bahawa dia ingin menerapkan syari’at Islam dengan pemberontakannya itu. Said Nursi berkata, “Apakah engkau ingin menerapkan syari’at Islam? Menerapkan syari’at itu bukan dengan jalan ini. Jika saya mengatakan kepadamu, “Hai Husein, kemarilah bersama tenteramu yang berjumlah tiga ratus orang itu untuk menerapkan syari’at, maka tenteramu ketika menuju ke sini akan merompak dan merampas serta membunuh orang-orang yang mereka lewati di jalan. Ini menyalahi syariat.” (31)
Hal ini menunjukkan bahawa Ustadz Said Nursi di samping tidak mahu mengalirkan darah kaum Muslimin, tidak percaya kepada orang-orang tersebut dan setakat mana kesedaran mereka terhadap Islam serta di tahap mana kemampuan mereka menerapkan Islam.
Akan tetapi sikapnya yang demikian itu tidak menyelamatkannya dari kemarahan pemerintah Ankara kerana setelah memadamkan gerakan Syaikh Said Biran, pemerintah mula menangkap ketua-ketua kabilah Kurdis dan mengasingkan mereka ke kota-kota lain serta mengawasi mereka. Dan meskipun Ustadz Said Nursi beribadah sepenuh masa di puing-puing rumah yang telah ditinggalkan di puncak sebuah gunung, akan tetapi pemerintah mengutus tentera untuk menangkapnya, padahal kabilah-kabilah di kota Wan iaitu di tempat tinggal Ustadz Said – juga tidak turut serta dalam pergerakan ini kerana pengaruhnya.
PENANGKAPAN DAN PENGASINGAN 1925M
Pasukan itu naik ke gunung dan menangkap ulama’ yang sedang mengkhususkan diri untuk beribadah itu. Beliau dibawa ke Istanbul melalui Erzurum lalu di Trabozan. Perjalanan itu ditempuhi dengan gerabak yang ditarik oleh kuda-kuda di atas salji yang menyelimuti pergunungan pada musim dingin beku itu.
Beliau tinggal di Istanbul dalam pengawasan selama dua puluh hari. Kemudian keluarlah perintah untuk memindahkannya ke kota Bourdur. Beliau tinggal di sana selama tujuh bulan. Selama di sana beliau menggunakan untuk beribadah dan mengarang risalah “al-Madkhal ila an-Nur” iaitu pelajaran Al-Qur’an yang ditulis dengan tangan dan dibahagi-bahagikan kepada murid-murid dan pencintanya. Dan dari sana beliau dipindahkan sekali lagi ke Sparta untuk beberapa bulan.

No Voice