Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 28
(1-144)
Akibat dari keterangan yang disebarkan kepada para wakil rakyat tersebut oleh Jeneral Kadhim Karh Bakar, ketua pertama gerakan kemerdekaan, hampir enam puluh orang wakil menjadi komited kepada agama dan mereka mendirikan solat sehingga masjid di bangunan dewan rakyat tidak cukup menampung jama’ah sehingga mereka berpindah ke ruangan yang lebih besar.
Mustafa Kamal tidak rela terhadap keterangan tersebut. Dia memanggil Badiuzzaman dan terjadilah pertengkaran sengit antara keduanya. Mustafa Kamal berkata kepada beliau, antara lainnya, “Tidak syak lagi kami memang membutuhkan ustadz yang pintar seperti kamu. Kami mengundangmu ke sini untuk memanfaatkan pendapatmu yang penting. Tapi justeru hal pertama yang kamu lakukan di sini adalah berbicara mengenai solat kepada kami. Usaha pertemuan di sini hanyalah menimbulkan perpecahan di kalangan wakil rakyat.” Badiuzzaman menjawab sambil menudingnya dengan jari, “Basha… oh Basha… Hakikat tersebar setelah iman adalah sembahyang. Orang yang tidak sembahyang adalah pengkhianat dan hukum pengkhianat adalah tertolak.” (28)
Setelah itu Mustafa Kamal berfikir untuk menjauhkan Badiuzzaman dari Ankara dengan alasan beliau dilantik sebagai penasihat umum di wilayah timur dengan gaji yang tinggi. Akan tetapi beliau menolaknya.
PENINGGALANNYA
Kita melihat bahawa Badiuzzaman selama ini iaitu setelah kedatangannya dari tawanan dan selama tinggal di Istanbul dan Ankara, telah menerbitkan risalah-risalah dan buku-buku dalam bahasa Turki dan Arab.
Yang pertama kali diterbitkannya adalah “Isyarat al-“Ijaz”, kemudian pada tahun 1921M “Qazil ‘Ijaz” dalam ilmu logik. Kemudian pada tahun 1922M beliau menerbitkan “as-Sunuhat”. Pada tahun 1923M beliau telah menerbitkan risalah-risalah berikut: Rumuz. Isyarat. Thulu’at, Lama’at, Syu’a at min Ma’rifah Nabi s.a.w. dan Nuqtah min ma’rifatillah.
Di Ankara beliau menulis “Dzail adz-Dzail”, “al-Hibab” dalam bahasa Arab dan beberapa bahagian “al-Mathnawi al-Arabi an-Nuri”.
Di dalam risalah-risalah ini beliau telah memberikan bukti-bukti yang pasti akan kewujudan Allah dan keesaan-Nya. Itu dilakukannya untuk menghadapi arus keraguan, kemurtadan dan kejauhan dari agama yang telah muncul di kalangan orang-orang yang kagum dengan Barat. Beliau menggambarkan keadaan ini di dalam mukadimah risalah “ath-Thabi’ah” sebagai berikut:
Saya diundang mengunjungi Ankara 1338H / 1922M. Saya menyaksikan kegembiraan kaum Mukminin dengan kekalahan Yunani berhadapan dengan tentera Islam. Akan tetapi saya melihat selama gelombang kegembiraan ini, kefasikan yang hebat sedang merangkak dengan jahat dan penuh mekar. Ia menyelinap dengan ajaran-ajarannya yang rosak ke dalam aqidah kaum Mukminin yang taat untuk merosak dan meracuninya. Saya sedih sekali dan saya meminta tolong kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa dan berlindung dengan ayat berikut:

No Voice