Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 29
(1-144)
“Rasul-rasul mereka berkata: “Apakah ada keraguan pada Allah, Pencipta langit dan bumi?” (Surah Ibrahim: 10)

dari kehancuran yang mengerikan yang akan menghancurkan rukun-rukun iman dan membongkar asas-asasnya, maka saya datang membawa dalam kandungan risalah ini bukti kuat, tajam dan hebat untuk memotong kepala kefasikan tersebut dan mencabut akar-akarnya. Saya karang dalam bahasa Arab dan saya ambil maknanya dan idea-idea dari cahaya suci ayat di atas untuk membuktikan dengan jelas kewujudan Allah dan keesaan-Nya. Saya cetak di percetakan Yani Kawun di Ankara. Akan tetapi saya belum merasakan pengaruh bukti yang kuat tersebut di dalam melawan kefasikan dan menghentikan arusnya di telinga orang-orang. Sebabnya menurut perkiraan saya kerana ia terlalu ringkas dan amat global sekali. Tambahan lagi, ramai yang tidak tahu bahasa Arab di Turki dan jarang orang memperhatikannya pada waktu itu, sehingga sayangnya bahang kemurtadan itu telah tersebar di kalangan orang banyak. Hal ini membuat saya mengulangi penulisan risalah ini dengan bukti-buktinya dalam bahasa Turki dengan sedikit tambahan keterangan sehingga berbentuk seperti ini.” (29)

PEMERGIAN KE WAN PADA 1923M

Badiuzzaman meninggalkan Ankara setelah merasakan dari dekat keadaan yang buruk pada dewan rakyat dan merasa ada niat jahat yang tersembunyi terhadap Islam pada ramai anggotanya. Beliau sangat sedih sehingga beliau memperbanyakkan tahajjud dan ibadah serta mengadu kepada Allah Ta’ala atas keadaan kaum Muslimin. Beliau banyak menghabiskan masanya di Wan, dekat dengan salah satu daerah lama yang dihancurkan dan ditinggalkan di pergunungan Ark. Beliau terus beriftikaf dan mengasingkan diri. Seolah-olah Allah mempersiapkannya untuk menghadapi situasi hebat dan taufan perosak yang hampir melanda Islam.[1] Kata salah seorang murid mengenainya, “Beliau mendirikan sembahyang tahajjud setiap malam, Saya kadang-kadang melihatnya ketika beliau sedang sembahyang sehingga saya tidak boleh tidur. Dan ketika melihat saya terjaga, beliau berkata, “Selagi kamu terjaga, maka marilah menyertai saya berdoa.” Saya tidak mampu membaca sebarang doa sehingga beliau berkata, “Saya akan berdoa dan kamu mengaminkannya.” Kadang-kadang saya mengantuk sekali ketika berdoa. Beliau memandang saya dan berkata, “Saya dahulu juga sepertimu. Nanti kamu akan terbiasa.” (30)
----------------------------
[1] Salah seorang muridnya, Mustafa Songghor meriwayatkan, “Ustadz menggunakan masa lima jam setiap malam tanpa kecuali untuk berdoa dan beribadah sehingga beliau berumur lapan puluh tahun. Akan tetapi setelah umur sekian, beliau hanya menggunakan dua jam setiap malam untuk sembahyang tahajjud dan beliau membaca doa wiridnya pada waktu siang.”
No Voice