Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 32
(1-144)
KE BARLA DI ATAS SAMPAN
Mereka tidak membiarkannya lama di sana kerana perintah pengasingannya keluar lagi. Kali ini ke Barla yang jauh.
Syaukat Demirayi tentera yang ditugaskan untuk memindahkan Ustadz Said Nursi ke Barla, menceritakan kenangannya sebagai berikut, “Saya berada di kota Igridir ketika mereka menyuruhku datang ke pejabat polis pusat pada pagi hari minggu. Saya datang ke sana. Di sana ada komandan dan ketua polis serta para anggota majlis daerah dan juga seorang yang berserban berumur sekitar empat puluhan memakai jubah dan nampak berwibawa.
Ketua polis berkata padaku, “Dengar sini. Kamu harus membawa Syaikh kita yang terkenal dengan gelaran Badiuzzaman ini ke Barla. Tugasmu ini sangat penting. Jika kamu telah menyerahkannya kepada pegawai di sana, suruhlah mereka menandatangani surat rasmi ini dan memberitahu kami.” Sya mengatakan, “Baik tuan.”
Saya keluar bersama Syaikh. Di jalan saya berkata padanya, “Wahai Syaikhku, engkau saya anggap seperti orang tuaku. Dan ini adalah tugas yang dibebankan kepadaku oleh itu saya harap engkau tidak marah kepadaku.”
Syaukat meneruskan ceritanya mengenai perjalanannya dengan sampan. Katanya, “Cuaca pada waktu malam dingin. Musimnya memang dingin. Air danau membeku di sana sini. Salah seorang pengawal sampan di bahagian depanku memecahkan salji dengan tongkat panjang di tangannya sehingga membuka jalan bagi sampan.”
Syaikh Badiuzzaman membahagi-bahagikan kismis basah dan manisan kepada kami. Saya memperhatikan beliau dan saya dapati beliau sangat tenang kerana sentiasa bertafakkur di danau dan pergunungan di sekitar kami.
Kerana siang hari pendek, maka waktu sembahyang asar pun tiba dengan cepat. Beliau ingin bersembahyang dengan berdiri, maka sampan itu kami putarkan ke arah kiblat. Kemudian saya mendengar suara takbir “Allahu Akbar”. Selama hidup saya belum pernah mendengar suara takbir dengan nada yang kusyuk dan berwibawa seperti itu. Saya merasakan bulu remang ditubuhku berdiri. Pergerakan Syaikh tidak seperti pergerakan orang-orang tua yang kami kenal. Kami berusaha supaya sampan tetap mengadap ke arah kiblat. Dan ketika Syaikh selesai sembahyang, beliau menoleh kapada kami seraya berkata, “Terima kasih wahai saudara-saudaraku. Saya telah melaporkan kalian!” Beliau adalah orang yang rendah hati dan berakhlak mulia.” (32)
No Voice