Biografi Bediüzzaman Said Nursi | Biografi Bediüzzaman Said Nursi | 12
(1-144)

SAID YANG TERKENAL

Tidak lama kemudian tersebarlah satu berita pemuda yang luar biasa ini sehingga para ulama’ menemuinya untuk berdebat dengannya dan mempersoalkannya dengan pertanyaan-pertanyaan mereka. Akan tetapi Said dapat menjawab semua itu sehingga mereka memberi gelaran “Saidi mahsyur” bermaksud Said yang terkenal.

Kemudian beliau menuju ke Bitlis lalu ke kota Tillo. Di sana beliau beriktikaf di salah satu tempat ibadah dan menghafal kamus “al-Muhith” karangan Fairuz Abadi sehingga satu siin.[1]

Pada tahun 1892M Said pergi ke Mardin. Di sana beliau mulai memberikan pelajaran dan menjawab pertanyaan orang-orang yang datang kepadanya di dalam masjid kota. Kerana fitnah orang, walikota, Nadir Bik merasakan bahawa orang ini merbahaya dan membawa keresahan di dalam kota. Maka dia memutuskan untuk mengusirnya dari kota. Said lalu diiring oleh para tentera dengan tangan dibelenggu menuju ke kota Bitlis.

Setelah kedatangan Said, Umar Basha, walikota Bitlis pada masa itu mengetahui kelebihan dan kedudukan pemuda alim ini. Dia segera mencintainya dan dia mendesak Said agar tinggal bersamanya di rumahnya. Pada mulanya Said menolak akan tetapi walikota tersebut mendesaknya berulangkali sehingga Said menerima dan beliau diberi sebuah bilik di dalam rumah walikota tersebut.

Di sana Said mempunyai banyak kesempatan menelaah buku ilmiah dan menghafal banyak kitab. Beliau menelaah buku-buku dalam bidang ilmu kalam, logika, nahwu, tafsir, hadith, fiqih dan menghafal lebih dari lapan puluh kitab ilmu-ilmu Islam.

Setiap hari beliau mengulangi bacaannya terhadap kitab-kitab tersebut secara hafalan dan menghabiskannya dalam tiga bulan.[2] Dan di kota ini juga beliau mengambil pelajaran agamanya yang terakhir dari seorang alim lagi mulia, Syaikh Muhammad Kafrawi.[3]
--------------------------------------------
[1] Iaitu menghafal lebih kurang 1155 mukasurat dengan ukuran 23* 34cm dan setiap mukasurat mengandungi 41 baris.

[2] Salah seorang murid lamanya meriwayatkan iaitu Mustafa Songghor mengenai Ustadz Said Nursi, sekitar hal ini sebagai berikut: “ Di Wan saya mengulung-ngulung hafalan 80-90 kitab yang pernah kuhafal dahulu. Buku-buku tersebut adalah jalan utnuk sampai kepada hakikat-hakikat Al-Qur’anm.” (Dari buku Bilinmeyem Taraflariyle Bediuzzaman Said Nursi, ms. 57.

[3] Beliau dinisbahkan kepada desa Kafrah di wilayah Si’irid.
No Voice