Daripada penjelmaan tersebut, difahamilahi bahawa pertukaran zarah di atas bumi ini -seperti mawjudat yang lain - juga meneroka perjalanan seperti yang telah digariskan oleh takdir Ilahi, dan selaras dengan arahan-arahan pembentukan yang diberikan oleh kekuasaan (kudrat) Ilahi, serta berdasarkan neraca ilmiah yang sensitif demi merealisasikan hikmat yang tinggi dan seolah-olah ia bersedia untuk berpindah ke alam lain yang lebih tinggi! (*)
(*) ( Kerana jelas kelihatan di hadapan mata kita bahawa penyebaran cahaya kehidupan dengan banyaknya di dunia yang tebal dan rendah ini, serta pembawaan alam ini dengan kesan yang berterusan dan dalam keadaan 'kemurahan' yang tinggi, sehingga menyebarkan cahaya kehidupan dengan banyaknya walaupun pada benda yang paling hina dan busuk, serta pengilatan bahan yang tebal dan hina itu dengan cahaya kehidupan lalu menjadikannya halus. Semuanya ini hampir menjelaskan secara terus terang bahawa Allah (s.w.t) mencairkan alam yang tebal dan beku ini, serta mengmdahkandan menggilapnya dengan gerakan-gerakan zarah dan cahaya kehidupan tersebut, adalah untuk mempersiapkannya bagi memasuki alam lain yang hidup, haius (seni), tinggi dan suci. Seolah-olah Allah menghiaskannya demi menuju alam yang seni. Maka orang yang tidak dapat memahami pengumpulan (kebangkitan semula) manusia berdasarkan akal mereka yang senipit, jika mereka meiihat dengan cahaya dan teropong al-Qur'an, nescaya mereka akan dapat melihat 'undang-undang kewujudan aslTjelas di hadapan mata, sebagaimana seluruh zarah dihimpunkan dan diperlakukan sesuka hati, umpama pengumpulan yang berlaku ke atas anggota-anggota tentera, seba yang dapat disaksikan. - Pcngarang. )
Dari sini, jasad-jasad yang hidup menjadi umpama sekolah yang menjadi tempat pemelajaran, pusat latihan dan pendidikan bagi zarah-zarah yang sentiasa berselerakan. Kita juga boleh menghukumkan dengan tanggapan yang tepat bahawa begitulah keadaan sebenar yang berlaku.
Kesimpulan:
Sebagaimana telah disebut dan dibuktikan pada Kalimah Pertama, bahawa setiap benda mengatakan 'Bismillah'. Maka zarah juga - seperti selunih mawjudat yang lain - dan setiap kumpulannya mengucapkan 'Bismillah' dengan bahasa sunyi atau organnya, di samping bergerak berdasarkan petunjuknya.
Ya! Sesungguhnya setiap zarah - berdasarkan ketiga-tiga noktah yang telah disebutkan - dengan bahasa sunyi atau organnya mengungkapkan "BismirLlahi'r-Rahmani'r-Rahim" pada permulaan pergerakannya, maskudnya: "Saya bergerak dengan nama, kekuatan, kekuasaan dan keizinan Allah, serta pada jalan-Nya". Kemudian ia - dan juga setiap kumpulannya - berkata, setelah mengakhiri pergerakannya sebagai-mana yang diucapkan oleh mana-mana makhluk, dengan bahasa sunyi atau organnya membisikkan: "Alhamduli'Llahi Rabbi'1 'Alami".